Sisa Panel Solar Kian Melambak Dalam Senyap

Oleh:  Sakina Mohamed, Shaza Al Muzayen & Fahmi Abdul Aziz | Editor: Sakina Mohamed | Pereka Web: Ummul Syuhaida Othman

Malaysia dalam proses menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga boleh baharu utama dalam masa terdekat. Berjuta-juta unit panel solar akan dipasang untuk merealisasikan sasaran ini. Namun apa yang akan berlaku apabila unit-unit panel solar ini mencapai hujung hayat? Bahagian 1 daripada artikel tiga siri ini melihat kepada dampak jika sisa penggunaan tenaga hijau ini tidak ditangani.

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Di sebuah gudang di pantai timur, terdapat lebih 15,000 unit panel solar rosak yang tersadai begitu sahaja.

Gudang itu milik ERS Energy Sdn Bhd, salah sebuah syarikat penyedia solusi tenaga solar terbesar Malaysia. Ia berpendapat lebih elok menyimpan ribuan unit panel solar rosak daripada melambakkannya di tapak pelupusan sampah.

“Sekarang ini memang tidak banyak inisiatif kitar semula untuk panel solar, jadi semua unit yang rosak terpaksa kami simpan di gudang sendiri. Kosnya kami tanggung, sehinggalah wujudnya solusi mesra alam bagi masalah ini,” kata Angeline Teoh, Pengarah Bersekutu Komunikasi dan Kelestarian ERS Energy. 

“Kami tidak mahu menyumbang kepada timbunan sisa yang sudah hampir memenuhi sekian pelosok tapak pelupusan sampah.”

Namun, katanya, longgokan sisa panel fotovoltaik (PV)  yang disimpan kian hari kian bertambah. Kini mereka terpaksa menyewa gudang lain untuk tujuan itu.

Terdapat beberapa sebab inisiatif kitar semula bagi panel solar begitu jarang didengar. 

Antaranya ialah kerana ia memerlukan teknologi tersuai. Ini kerana komponen berlainan dalam unit panel solar perlu dipisahkan kerana diperbuat daripada bahan berlainan dan memerlukan teknik kitar semula yang berbeza. Selain itu, komponen yang lebih bernilai hanya dapat dikeluarkan dengan teknologi yang agak canggih.

Tanpa bekalan sisa panel solar yang berterusan, inisiatif kitar semula ini akan melibatkan kos besar dengan keuntungan rendah. Ditambah pula kos logistik yang tinggi, maka tidak hairanlah ramai tidak minat untuk melabur dalam inisiatif itu.

Dilema ini merentas benua, kata Ute Collier, pemangku pengarah di Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA). IRENA adalah agensi antara kerajaan bagi transformasi tenaga.

“Antara halangan utama ialah pihak pengitar semua kurang jelas tentang nilai keuntungan yang bakal diperolehi, terutama sekali apabila kos mengumpul dan mengangkut sisa panel solar dipertimbangkan.

“Pada masa ini, kebanyakan panel PV solar yang sudah tidak digunakan lagi akan dibuang di tempat pembuangan sampah sekaligus mengabaikan prinsip ekonomi kitaran bagi penggunaan atau pengitaran semula,” beliau memberitahu Bernama.

Hakikatnya penggunaan tenaga solar kian meningkat di serata dunia dan Malaysia turut sama menikmati faedah limpahan daripada perkembangan positif ini. Namun, Malaysia harus bersedia menghadapi masalah yang bakal timbul: bagaimana hendak menangani jutaan unit panel solar yang bakal tersisa?

BAKAL MENJADI MASALAH 

Lazimnya, panel PV solar yang bermutu boleh bertahan antara 25 tahun dan 30 tahun.

Malaysia mula memasukkan tenaga solar dalam lanskap tenaga negara pada tahun 2011, tetapi sumber tenaga boleh baharu (RE) telah lama digunakan sebelum itu.

“Malaysia mula menggunakan tenaga solar secara meluas pada awal 2000. Sebelum itu sudah ada penggunaan tenaga solar secara kecil-kecilan tetapi kebanyakannya pada peringkat individu,” kata Dhana Raj Markandu, penganalisis kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia.

Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman pengurusan dan kejuruteraan dalam sektor tenaga Malaysia.

Dhana Raj Markandu, Penganalisis Kanan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) Malaysia

“Malaysia mula menggunakan tenaga solar secara meluas pada awal 2000. Sebelum itu sudah ada penggunaan tenaga solar secara kecil-kecilan tetapi kebanyakannya pada peringkat individu,” kata Dhana Raj Markandu, penganalisis kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia.

Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman pengurusan dan kejuruteraan dalam sektor tenaga Malaysia.

Jika dicongak, panel PV yang dipasang sekitar 20 tahun lepas sekarang sudah mencapai tahap akhir hayat penggunaannya. Namun, jumlah sisa panel solar yang terjana daripadanya bukanlah sumber besar kepada permasalahan yang bakal dihadapi.

Malaysia sedang mengorak langkah untuk meningkatkan penggunaan panel PV.

Pada Ogos 2023, Malaysia melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dalam usaha mencapai pelepasan sifar-bersih menjelang tahun 2025.

Bagi memenuhi matlamat itu, penggunaan arang batu yang kini 26.4 peratus daripada campuran tenaga, akan dihapuskan sama sekali menjelang tahun 2045.

Sebaliknya, kapasiti RE terpasang akan ditingkatkan daripada 25 peratus kepada 70 peratus menjelang tahun 2050. Baki campuran tenaga ketika itu akan terdiri daripada gas asli.

“Hampir 60 peratus daripada jumlah kapasiti terpasang (RE) dan 40 peratus daripada campuran tenaga ketika itu datangnya daripada tenaga solar,” Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu Bernama dalam satu wawancara.

Bagi mencapai sasaran ini, Malaysia perlu memasang panel PV solar berjumlah 59GW menjelang tahun 2050, seperti dinyatakan oleh NETR.

BERAPA JUMLAH SISA YANG BAKAL BERTIMBUN?

IRENA meramalkan dalam laporannya pada 2016 bahawa menjelang tahun 2050, dunia bakal berhadapan dengan sekitar 78 juta tan sisa panel solar.

Malaysia pula dijangka menghadapi 190,000 hingga 300,000 tanlonggokan sisa PV solar.

Namun anggaran itu agak konservatif kerana dibuat sebelum pelancaran NETR dan anjurannya agar tenaga solar digunakan secara meluas.

Bernama membuat kiraan kasar jumlah sisa panel solar yang mungkin dijana negara ini sekiranya kapasiti 59GW dipasang, seperti disyorkan NETR.

Seandainya kiraan dibuat menggunakan panel PV 360W dengan berat sekitar 20kg, jumlah yang bakal diperolehi adalah kira-kira 3.28 juta tan.

Bagaimanapun, anggaran itu masih tidak tepat kerana ia mengandaikan semua panel solar yang dipasang akan beroperasi sehingga ke hujung hayatnya, iaitu dalam 25-30 tahun.

BOLEH ‘MATI’ AWAL

Hakikatnya, kebanyakan panel PV tidak akan bertahan selama itu.

Kecekapan unit panel PV lazimnya akan merosot pada kadar  0.5 peratus setahun. Namun, banyak faktor yang mempercepatkan kadar kemerosotan itu.

Di Malaysia, panel PV cenderung lebih pantas ‘menua’ akibat degradasi haba. Ini berlaku kerana Malaysia beriklim tropika dan cuaca panas yang konsisten mempercepatkan kemerosotan kualiti komponen panel solar dan akhirnya, menjejaskan pencapaian panel berkenaan secara menyeluruh.

Dr Norasikin Ahmad Ludin, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

“Panel solar di MALAYSIA mengalami degradasi pada kadar 1-2 peratus setiap tahun. Degradasi berlaku dengan pantas kerana negara kita terletak pada garisan Khatulistiwa.

“Haba yang Malaysia terima amat kuat dan ini mempercepatkan kadar degradasi panel solar,” kata Dr Norasikin Ahmad Ludin, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beberapa faktor lain turut menjejaskan kecekapan panel solar. Keadaan cuaca yang tidak menentu serta kualiti, keadaan dan lokasi panel solar dipasang boleh menyebabkan penjanaan kuasa tidak konsisten.

Masalah ini dikenali sebagai intermittency dan ia boleh memberi kesan besar ke atas keandalan panel solar.

Dalam keadaan cahaya matahari yang sederhana, panel 360W mungkin beroperasi pada 300W. Apabila ditambah faktor yang menyumbang kepada intermittency, lebih ramailah yang akan menggantikan panel PV lebih awal daripada dijangkakan.

Norasikin berkata degradasi lebih cepat berlaku apabila panel berkualiti rendah digunakan.

“Pencapaian panel solar sebegini boleh merosot pada kadar lebih dua peratus setahun. Dalam tempoh lima tahun, penjanaan tenaga akan begitu terkesan sehingga menjejaskan penggunaan,” katanya.

Rajen Mohan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas CREPS Sdn Bhd

Rajen Mohan, pengasas syarikat membaik pulih panel solar CREPS Sdn Bhd, bersetuju bahawa kualiti panel solar hari ini bukan seperti yang sebelumnya. Ini terutama bagi panel PV kegunaan industri berskala besar.

“Dahulu, penjananaan kuasa panel solar kecil tetapi lebih mahal kerana diperbuat dengan bahan yang bermutu tinggi. Permintaan pula rendah,” kata Rajen, yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif syarikatnya.

“Hari ini, kemajuan teknologi membolehkan pengeluaran panel solar dengan kapasiti kuasa dan kecekapan lebih tinggi. Namun, apabila harga menurun untuk menampung permintaan, kualiti bahan turut menurun.”

Tambah beliau, kemerosotan kecekapan sehingga dua peratus setahun boleh memberi kesan besar kepada syarikat yang menandatangani perjanjian transmisi kuasa seperti Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA).

“Syarikat berkenaan terikat dengan peraturan yang menuntut agar permintaan bekalan kuasa elektrik yang ditandatangani di bawah perjanjian seperti PPA dipenuhi.

“Jadi apabila kecekapan merosot kepada bawah 85 peratus, mereka perlu menggantikan panel PV agar dapat menampung permintaan tenaga. Ini mungkin bermakna mereka perlu menukar kebanyakan panel tersebut setiap lima tahun,” katanya.

Namun ada kalanya, panel PV baharu ‘mati’ sebelum dapat digunakan.

Kecacatan atau keretakan pengilang akibat salah pengendalian atau pergerakan semasa pengangkutan boleh menyebabkan panel baharu menjadi ‘mati’ sebelum dapat digunakan, seperti yang dialami kebanyakan penyedia perkhidmatan tenaga solar seperti ERS Energy.

“Sesetengah panel menjadi rosak akibat kecacatan pengilang atau rosak kerana kontraktor tidak mengendalikannya dengan baik. Ini di samping pendedahan kepada keadaan di lapangan,” kata Teoh. 

“Malangnya, kami tidak boleh memulangkan panel yang cacat atau rosak kerana ketiadaan Peluasan Tanggungjawab Pengeluar (EPR) atau dasar pengambilan semula.”

APA JADI DENGAN SISA?

Satu soalan perlu dijawab terlebih dahulu sebelum memutuskan tentang pengendalian sisa panel solar.

Sisa panel solar sebenarnya termasuk bawah kategori sisa yang mana?

Sesetengah negara mengkategorikan sisa panel berkenaan sebagai e-sisa, tetapi sebenarnya hanya sebahagian kecil panel PV adalah elektronik. Sebahagian besar komponen panel solar ialah plastik, silikon dan kaca, yang masing-masing memerlukan kaedah pengendalian dan pelupusan berbeza.

“Di Malaysia, kita masih belum mengklasifikasikan sisa panel solar. Namun, agensi yang bertanggungjawab sedang dalam perbincangan mengenai perkara ini,” kata Saiful Hakim Abdul Rahman, Pengarah Perancangan Strategik Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).

Beliau memberitahu Bernama bahawa SEDA sedang dalam proses menyediakan garis panduan mengenai pengendalian sisa panel solar.

Garis panduan itu penting dalam ketika kerajaan sedang mengusahakan peraturan yang berkaitan bagi mengelakkan salah pengendalian panel yang dilupuskan.

Setiap unit panel solar mempunyai kotak sambungan (junction box) yang mengandungi logam berharga, tetapi ia lebih sukar dikeluarkan berbanding bingkai aluminium.

Saiful Hakim Abdul Rahman, Pengarah Perancangan Strategik, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia

Beliau memberitahu Bernama bahawa SEDA sedang dalam proses menyediakan garis panduan mengenai pengendalian sisa panel solar.

Garis panduan itu penting dalam ketika kerajaan sedang mengusahakan peraturan yang berkaitan bagi mengelakkan salah pengendalian panel yang dilupuskan.

Setiap unit panel solar mempunyai kotak sambungan (junction box) yang mengandungi logam berharga, tetapi ia lebih sukar dikeluarkan berbanding bingkai aluminium.

Kata Rajen pada kebiasaannya, hanya bahagian tertentu dalam unit panel PV yang dilupuskan yang menjadi minat pihak tertentu. Setelah komponen itu dibuka dan ditanggalkan, bahagian lain ditinggalkan begitu sahaja.

“Kira-kira 85 peratus komponen ditinggalkan kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan bahagian berkenaan. Mereka tahu jika bahagian kabel disisihkan, syarikat besi buruk akan membelinya. Tetapi bagaimana pula dengan komponen lain yang mereka tidak mahu, seperti modul panel? Dibuang begitu sahaja.

“Sebab itulah perlunya kita putuskan dahulu kaedah betul menangani sisa panel solar.   Kita tidak mahu bahagian yang dibuang itu akhirnya menjadi satu lagi longgokan sisa di tapak pelupusan sampah,” katanya.

-- BERNAMA

Rencana ini dihasilkan dengan sokongan Macaranga dan Klima Action Malaysia.
‍‍

Share This:
Ketua Projek & Editor: Sakina Mohamed

Penyelidik & Penulis: Sakina Mohamed, Shaza Al Muzayen & Fahmi Abdul Aziz

Ilustrator & Pereka Web: Ummul Syuhaida Othman

Visualisasi Data: Shaza Al Muzayen

Jurugambar: Hafzi Mohamed & Fahmi Abdul Aziz