Housing • Local Government
Mengubah Landskap Hidup Rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memfokuskan tujuh bidang baharu pada 2023, namun tetap memastikan perkhidmatan asas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan infrastruktur sedia ada diselenggara dan dibaikpulih.Ini termasuklah memastikan jalan raya rata dan tidak berlubang, pemasangan lampu yang terang dan tandas-tandas awam bertaraf ‘BMW’ iaitu Bersih, Menawan dan Wangi, selain membaikpulih projek sakit dan kemudahan di perumahan awam.Berikut 30 inisiatif berimpak tinggi KPKT pada 2023 yang memberi manfaat kepada rakyat pelbagai lapisan masyarakat: