Memantapkan infrastruktur dan kesalinghubungan yang berkualiti dan selamat.
1
Meningkatkan penghayatan terhadap semangat kenegaraan.
2
Perkhidmatan dan kandungan penyiaran yang lebih berkualiti.
3
Menggalakkan penghasilan kandungan kreatif negara yang dinamik.
4
Menghargai pengamal media.
5
ASA merupakan anugerah yang dipertandingkan setiap dua tahun dan inisiatif penting kerajaan melalui Kementerian Komunikasi untuk mengiktiraf dan memartabatkan industri penyiaran tanah air serta penggiat di belakang tabir.
ASA 2024 merupakan edisi ke-36. Sebanyak 62 kategori dipertandingkan termasuk Anugerah Khas Juri dan Tokoh Seri Angkasa.
Industri kreatif sektor penyiaran
1,860 pencalonan iaitu peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding tahun 2022
Dilaksanakan setiap dua tahun
YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan melalui pembentangan Belanjawan 2024 telah mengumumkan bahawa kerajaan memperkenalkan Program Kampung Angkat MADANI yang memberi tumpuan kepada melengkapkan kemudahan asas termasuk Internet di kawasan desa yang terpinggir.
Inisiatif ini diterajui semua Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan untuk menggembleng tenaga merentas kementerian serta bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan badan swasta.
Kementerian Komunikasi telah memilih Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang sebagai kampung angkat kementerian.
Penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang, Selangor
• Pembinaan semula balai budaya;
• Pembinaan semula kantin dan tandas;
• Menaik taraf infrastruktur; dan
• Pembinaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
15 Ogos hingga 12 Disember 2024
Pasukan Petugas Khas Menangani Jenayah Dalam Talian telah ditubuhkan pada 4 September 2024 bagi mengkaji pindaan perundangan sedia ada dan keperluan mewujudkan akta khusus berkaitan jenayah dalam talian terutamanya buli siber, penipuan, judi dan jenayah seksual kanak-kanak.
Petugas Khas ini berfungsi memantau dasar, strategi dan pelan tindakan dalam menangani jenayah dalam talian merangkumi aspek perundangan, penguatkuasaan, pendakwaan dan advokasi di peringkat kerajaan secara bersepadu.
Masyarakat umum dan penyedia platform media sosial yang beroperasi di Malaysia.
Keterlibatan secara langsung sebagai ahli jawatankuasa penggubalan Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian (ONSA) dan pindaan seksyen 507 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung kesalahan buli dalam dan luar talian.
September 2024 hingga selesai output akhir cadangan dasar dan perundangan.
Projek Point of Presence (PoP) merupakan projek yang dilaksanakan di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan dilaksanakan secara berfasa (Fasa 1 dan Fasa 2).
Projek ini menjadikan sekolah sebagai titik rujukan (hab) untuk penyediaan infrastruktur jalur lebar gentian optik dan boleh dilanggan oleh komuniti di kawasan sekitar sekolah.
Sekolah, kawasan perindustrian, premis kerajaan berhampiran dan komuniti
• Fasa 1: 630 sekolah, 47 kawasan perindustrian
• Fasa 2: 3,693 sekolah
• 1,463 PoP (hingga 30 September 2024)
• Fasa 1: 2021 - 2027
• Fasa 2: 2022 - 2030
Matlamat utama adalah untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat terutama golongan yang dikenal pasti terjejas dengan kos sara hidup serta menghargai jasa golongan sasar melalui pemberian insentif secara one-off.
Penawaran pakej ini merangkumi internet mudah alih (mobile internet), internet tetap (fixed internet) serta perkhidmatan data internet melalui pakej prabayar (prepaid) dan pascabayar (postpaid).
Pakej RAHMAH di bawah Kementerian Komunikasi akan diteruskan dengan penawaran pakej baharu kepada golongan sasar untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui harga perkhidmatan internet yang lebih murah dan mampu milik.
• Golongan B40
• Golongan kurang upaya
• Warga emas
• Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
• Pemandu dan penunggang p-hailing
• Penjawat awam
• Pengamal media
• Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA)
• Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
• Belia
• Pegawai lapangan jabatan/agensi di bawah Kementerian Komunikasi
• Pakej Internet Mudah Alih (prepaid) RAHMAH
• Pakej Jalur Lebar Tetap (home internet) RAHMAH
• Pakej Perumahan Awam@MyKabel RAHMAH
• Pakej Jalur Lebar Tetap (home internet) Allo Technology RAHMAH
• Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam
• Pakej P-Hailing RAHMAH
• Pelanjutan Pakej 5G RAHMAH (B40 dan pegawai lapangan jabatan/agensi di bawah Kementerian Komunikasi)
• Pakej RAHMAH Prabayar Siswa
• Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media (pascabayar dan perluasan kepada prabayar)
Tahun 2023 hingga 2025 mengikut pakej RAHMAH
Hak siaran kejohanan bertaraf dunia disiarkan secara percuma di RTM.
Beberapa kejohanan yang disiarkan pada tahun 2024 antaranya Badminton Terbuka Malaysia, Piala Asia 2023 Qatar, Badminton All England, Kelayakan Piala Dunia 2026, Badminton Piala Thomas & Uber 2024 Chengdu China, Bola Sepak MFL Liga Malaysia, Badminton Terbuka Malaysia, Temasya Olimpik & Paralimpik Paris dan Kejohanan Badminton Piala Dunia Remaja BWF 2024.
Masyarakat umum
Melebihi
tontonan setiap perlawanan
Tahun 2023 hingga 2024
Segmen ‘Biar Betul!’ adalah inisiatif untuk menangkis penyebaran berita palsu dan fitnah dalam kalangan masyarakat.
Segmen ini disiarkan setiap hari selepas slot Berita KANTA 744 pukul 7.44 malam di TV1 RTM dan saluran Berita RTM serta ulang siar menerusi semua platform media sosial ‘Biar Betul!’, RTM dan Radio RTM.
Masyarakat umum
tontonan setiap hari
Pewujudan radio dalam talian iaitu MUZIKfm yang menggabungkan DJ manusia dan AI dalam dua bahasa dan kandungan pelancongan yang menarik.
Pendengar MUZIKfm
orang pendengar
Tahun 2024
Stesen radio dalam talian bertujuan membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia dengan menyediakan platform kepada usahawan tempatan untuk berkongsi cerita serta mendapatkan bimbingan perniagaan.
Usahawan IKS
usahawan IKS ditemu bual
Tahun 2024
Inisiatif global RTM bertujuan untuk meluaskan jangkauan kandungan RTM ke peringkat antarabangsa. Saluran ini mempromosikan imej Malaysia dan memperkenalkan kandungan tempatan ke pasaran luar negara dengan memfokuskan budaya, berita, muzik dan dokumentari Malaysia melalui media sosial serta aplikasi mudah alih.
Masyarakat umum
tontonan
Tahun 2024
Program bersama komuniti yang dilaksanakan secara bersepadu melibatkan semua program sedia ada anjuran JAPEN bagi memperkukuh serta memantapkan strategi komunikasi kerajaan.
Masyarakat setempat di 222 Parlimen dan 600 DUN
program (hingga 31 Oktober 2024)
Tahun 2023 hingga 2024
Aktiviti utama Kelab Malaysiaku yang dilaksanakan di peringkat sekolah atau kelab. Pada tahun ini, JAPEN meneruskan aktiviti ini dengan menerapkan beberapa penambahbaikan yang bersesuaian dengan golongan pelajar.
Pelajar sekolah menengah seluruh negara terutamanya ahli kelab
program (hingga 31 Oktober 2024)
Tahun 2023 hingga 2024
Badan sukarela pelbagai kaum yang diurus tadbir oleh JAPEN bagi memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan untuk merealisasikan aspirasi serta hala tuju negara berdasarkan konsep Malaysia MADANI.
Masyarakat umum
program (hingga 31 Oktober 2024)
Februari hingga Oktober 2024
Dilaksanakan melalui unit hebahan bergerak JAPEN sebagai medium untuk menyampaikan maklumat, informasi dan hebahan mengenai dasar kerajaan dengan mengedarkan bahan cetakan kepada orang awam.
Masyarakat umum
program (Tahun 2023 hingga 2024)
April hingga November 2024
Program kenegaraan merupakan program-program patriotisme yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM).
Rakyat Malaysia
Tahunan
Diadakan pada 29 Mei setiap tahun untuk mengiktiraf dan menghargai pengamal media di Malaysia dalam membantu menyampaikan maklumat, dasar dan program kepada masyarakat.
Pengamal media di seluruh negara
Tahun 2023 dan 2024
Tabung Kasih@HAWANA ditubuhkan untuk memberi manfaat kepada pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.
Pengamal media di seluruh negara
Tahun 2023 hingga kini
BERNAMA sebagai agensi pelaksana yang memberikan sumbangan set komputer berkeupayaan tinggi dan sebuah televisyen pintar kepada universiti-universiti awam.
Pelajar bidang komunikasi di universiti awam
Tahun 2024
BERNAMA dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluaskan perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Pengamal media sambilan di Malaysia
pengamal media sambilan
Tahun 2024
JENDELA bertujuan untuk menyediakan kerangka kerja yang komprehensif dan liputan jalur lebar berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna.
• Liputan Internet di Kawasan Berpenduduk Menjelang 2025
Penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh negara
(hingga 30 September 2024)
Tahun 2021 hingga 2025
• Liputan 5G
Pengguna sektor perkilangan, teknologi maklumat dan ekonomi digital
(hingga 31 Oktober 2024)
Mei 2023 hingga kini
NADI berperanan menyediakan sambungan Internet yang kolektif kepada rakyat, menyebarkan maklumat terkini mengenai bantuan dan inisiatif kerajaan serta memperkasakan masyarakat tempatan melalui pelbagai program pendidikan dan latihan keusahawanan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi.
• Program Usahawan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Penduduk di kawasan sekitar PEDi
usahawan (hingga 15 November 2024)
Tahun 2023 hingga 2025
• Penjenamaan PEDi kepada NADI
Penduduk di kawasan sekitar NADI
buah NADI (hingga 31 Oktober 2024)
Tahun 2024 hingga 2025
Projek SMART600 melibatkan pembinaan 600 buah menara baharu di Sarawak.
Penduduk di kawasan pedalaman Sarawak
Dokumen perjanjian komersial telah dimeterai pada 24 Mei 2024
Tahun 2024
Peralihan kepada model dwirangkaian bagi pelaksanaan 5G negara.
Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) yang terlibat, pengguna dan sektor industri
Pemilihan MNO telah dimuktamadkan pada 1 November 2024
Hingga 2025
Pembudayaan menyemak maklumat melalui portal Sebenarnya.my.
• Golongan pelajar dan ahli akademik
• Pengamal media
• Agensi kerajaan
• Golongan profesional
• Golongan rentan
• NGO dan aktivis sosial
pengguna (hingga 30 September 2024)
Lima tahun (Projek di bawah peruntukan RMKe-12)
FIMI adalah rebat tunai 30 peratus ke atas semua Kelayakan Perbelanjaan Pengeluaran Malaysia (QMPE) yang memenuhi kriteria untuk penerbit tempatan dan penerbit asing.
pekerjaan (hingga 30 September 2024)
Tahun 2023 hingga 2024
FINAS dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluaskan perlindungan sosial kepada penggiat industri perfileman melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Penggiat industri perfileman
pencarum
2024
Penjenamaan semula bagi Dana Industri Kandungan Digital (DIKD) dan Dana Kandungan Digital (DKD) yang diperkenalkan pada April 2015 bertujuan untuk menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa, membangunkan modal insan yang bermutu secara lestari bagi mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif.
Penggiat industri perfileman tanah air
penerima dana
Lima tahun (projek di bawah peruntukan RMKe-12)
Inisiatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada penggiat seni dan usahawan tempatan. Kembara RIUH telah berjaya mencipta lebih 5,000 peluang pekerjaan sejak tahun 2022 dan memberi impak positif kepada lebih 4,000 penggiat seni serta industri kreatif tempatan di samping menjana jualan untuk usahawan kreatif yang berjumlah sehingga RM3 juta.
Usahawan kreatif
• 5,785 peluang pekerjaan diwujudkan
• 4,156 usahawan kreatif yang disokong
• 350,528 orang pengunjung
Julai 2023 hingga kini
Selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Komunikasi pada 12 Disember 2023, Dana Kandungan Digital (DKD) telah dijenamakan semula kepada Dana Kandungan Kreatif (DKK) sejajar dengan Teras 5 Pelan Strategik Kementerian Komunikasi iaitu “Memangkin Pembangunan Kandungan Kreatif Negara yang Progresif” dan pelaksanaan DKK lebih bertumpu sebagai medium komunikasi Kerajaan dalam memupuk semangat “Malayseana”.
Penggiat industri muzik tanah air
penerima dana
Tahun 2023 hingga 2024