Pilihan Raya Kecil

Sungai Bakap

2024

Sekilas Fakta

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap telah berlangsung pada Sabtu, 6 Julai 2024. Ini berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, 54 tahun, pada 24 Mei. Nor Zamri meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya kerana mengalami keradangan dalam perut.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tiada pengundian awal diadakan kerana kesemua pengundi awal akan menggunakan undi pos.

Tempoh berkempen selama 14 hari berlangsung dari 22 Jun hingga 11.59 malam pada 5 Julai.

Ini PRK kelapan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022.

SPR sebelum ini menyatakan bahawa PRK ini akan melibatkan jumlah pengundi sebanyak 39,279. Angka tersebut boleh dipecahkan lagi seperti berikut:

Calon Bertanding

Nor Zamri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lepas telah menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Allahyarham telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sejak tahun lepas dengan mewakili PAS. Sebelum ini, kerusi DUN Sungai Bakap dipegang oleh PH selama tiga penggal sejak 2008 sebelum bertukar tangan kepada PAS pada PRN 2023.

Sungai Bakap merupakan satu-satunya daripada tiga kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Nibong Tebal yang dikuasai pembangkang. Dua kerusi yang lain, Jawi dan Sungai Acheh, dipegang Kerajaan Perpaduan. Kerusi Parlimen tersebut turut dipegang Kerajaan Perpaduan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkhidmat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu sejak 2022.

Abidin Ismail

(Umur: 56)

PERIKATAN NASIONAL

Dr Joohari Ariffin

(Umur: 60)

PAKATAN HARAPAN

Hari Mengundi

Sebanyak 63.45 peratus daripada 39,279 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka di sembilan pusat pengundian.

Pecahan data yang kami digunakan adalah ihsan Tindak Malaysia dan diperolehi di sini.

Laporan & Terjemahan: Shaza Al Muzayen
Visualisasi Data: Shaza Al Muzayen & Fahmi Abdul Aziz
Pereka Web: Ummul Syuhaida Othman
Editor: Sakina Mohamed