Pilihan Raya Kecil

Nenggiri

2024

Sekilas Fakta

Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri telah diadakan pada 17 Ogos 2024. Ini berikutan kekosongan kerusi telah diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, pada 19 Jun.

Ini susulan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Mohd Azizi Abu Naim, dilucutkan keahlian Bersatu pada 13 Jun.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tiada pengundian awal dijalankan kerana kesemua pengundi awal memilih untuk mengundi secara pos.

Kempen selama 14 hari telah bermula dari 3 Ogos hingga 11.59 malam pada 16 Ogos.

Ini merupakan pilihan raya kecil kesembilan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022, dan pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Negeri Kelantan ke-15 diadakan pada tahun 2023.

SPR sebelum ini menyatakan bahawa PRK ini akan melibatkan sejumlah 20,259 pengundi. Angka tersebut diperincikan seperti berikut:

Calon Bertanding

Kerusi DUN Nenggiri telah dipertandingkan sejak 2004 dan telah melalui lima pilihan raya setakat ini, dengan empat daripadanya dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), dan yang terbaharu dimenangi oleh Mohd Azizi.

Azizi memperolehi majoriti sebanyak 810 undi atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menentang Ab Aziz Yussof dari BN dalam Pilihan Raya Negeri Kelantan ke-15 tahun lepas.

PRK DUN Nenggiri kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon dari BN dan PAS.

Mohd Rizwadi Ismail

(Umur: 41)

PERIKATAN NASIONAL

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani

(Umur: 38)

BARISAN NATIONAL

Hari Mengundi

Sebanyak 73.88 peratus daripada 20,259 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka di 20 pusat pengundian.

Pecahan data yang kami digunakan adalah ihsan Tindak Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Laporan & Terjemahan: Fahmi Abdul Aziz
Visualisasi Data: Shaza Al Muzayen & Ng Ting Wei
Pereka Web: Ummul Syuhaida Othman
Editor: Sakina Mohamed