Pilihan Raya Kecil

Kuala Kubu Baharu

2024

Sekilas Fakta

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada Sabtu, 11 Mei 2024. Ini berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58 tahun, pada 21 Mac akibat kanser.

Pengundian awal diadakan pada 7 Mei dengan peratusan keluar sebanyak 97 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tempoh berkempen selama 14 hari berlangsung dari 27 April hingga 11.59 malam pada 10 Mei.

Ini PRK ketujuh diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022.

SPR sebelum ini menyatakan bahawa PRK ini akan melibatkan jumlah pengundi sebanyak 40,226. Angka tersebut boleh dipecahkan lagi seperti berikut:

Calon Bertanding

Kee Hiong pada pilihan raya negeri Ogos lepas telah menewaskan tiga calon lain dengan meraih majoriti 4,119 undi.

Mendiang telah berkhidmat selama tiga penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu dengan mewakili DAP. Kemenangannya membuktikan bahawa kerusi DUN itu adalah kubu kuat bagi komponen Pakatan Harapan (PH).

Walau bagaimanapun, Kuala Kubu merupakan satu-satunya daripada tiga kerusi DUN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor yang tidak dikuasai pembangkang. Malah, kerusi Parlimen tersebut turut dipegang pembangkang.

Pemilihan pada 11 Mei ini akan menyaksikan pertarungan empat penjuru antara PH, Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM), dan seorang calon bebas.

Khairul Azahari Saut

(Umur: 54)

PERIKATAN NASIONAL

Pang Sock Tao

(Umur: 31)

PAKATAN HARAPAN

Nyau Ke Xin

(Umur: 29)

BEBAS

Hafizah Zainuddin

(Umur: 50)

PARTI RAKYAT MALAYSIA

Hari Mengundi

Sebanyak 61.51 peratus daripada 39,269 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka di 18 pusat pengundian.

Keputusan Pilihan Raya Kuala Kubu Baharu 2024

Pecahan data yang kami digunakan adalah ihsan Tindak Malaysia dan diperolehi di sini.

Laporan & Terjemahan: Sakina Mohamed
Visualisasi Data: Shaza Al Muzayen & Fahmi Abdul Aziz
Pereka Web: Ummul Syuhaida Othman
Editor: Sakina Mohamed