Selat Melaka Kekal Nadi Aliran Minyak Global

Oil • Economy
Apr 6, 2026

Teks dan visualisasi data: Shaza Al Muzayen
Editor: Sakina Mohamed

6 April 2026 (Bernama) -- Selat Melaka kekal laluan paling kritikal bagi perdagangan tenaga dunia.

‍

Pada separuh pertama 2025, sebanyak 23.2 juta tong minyak sehari melalui selat ini, dengan Asia Timur sebagai destinasi utama.

‍

China, Korea Selatan dan Jepun mendahului sebagai penerima, dengan China sahaja menerima 7.9 juta tong sehari.

‍

Selat ini terus memainkan peranan penting dalam menghubungkan bekalan tenaga dari Asia Barat ke Asia Timur dan Asia Tenggara.

‍

Explainer ini turut disiarkan dalam laman Instagram kami.

‍