Kebakaran dan Titik Panas di Sumatera dan Kalimantan

Air Pollution • Environment
Sep 4, 2026

Teks & Grafik: Shaza Al Muzayen
Editor: Sakina Mohamed

4 September 2026 (Bernama) -- Data satelit daripada Sistem Maklumat Kebakaran untuk Pengurusan Sumber (FIRMS) NASA menunjukkan kebakaran atau titik panas jauh lebih meluas di Sumatera dan Kalimantan pada 3 Sept 2026 berbanding 1 Ogos 2026.

Pada 1 Ogos, pengesanan sudah tertumpu di bahagian barat dan selatan Kalimantan, dengan beberapa lagi bertaburan di Sumatera dan Jawa.

Menjelang 3 Sept, pengesanan menjadi jauh lebih padat di selatan Sumatera dan sebahagian besar Kalimantan, termasuk Kalimantan Barat yang bersempadan dengan Sarawak.

Malaysia merekodkan jumlah pengesanan yang jauh lebih rendah pada kedua-dua hari.

Tanda merah menunjukkan sumber haba yang dikesan oleh satelit. Ia tidak menunjukkan saiz setiap kebakaran atau arah pergerakan asap.

Explainer ini turut disiarkan dalam laman Instagram kami.