Tetap Sesak Walau Di Lebuh Raya

Oleh: Fahmi Abdul Aziz | Editor: Sakina Mohamed | Pereka Web: Ummul Syuhaida Othman | Visualisasi Data: Fahmi Abdul Aziz

Untuk pengalaman membaca yang terbaik, sila baca di Desktop.

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) --  Lebuh raya sering kali dianggap jalan pintas untuk perjalanan lebih pantas. Justeru, begitu banyak lebuh raya dibina dengan harapan ia dapat melancarkan perjalanan di samping menghubungkan bandar-bandar utama, terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Namun hakikatnya masih ramai terperangkap dalam kesesakan trafik walaupun di atas lebuh raya. Ini kerana pertambahan jaringan lebuh raya diiringi dengan peningkatan bilangan kenderaan di jalan raya.

Ini menimbulkan persoalan: mengapa semakin banyak lebuh raya dibina jika jelas ia tidak membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas?

SELESAIKAN SATU, SELESAIKAN YANG LAIN

Masalah ini berkait rapat dengan kelemahan sistem pengangkutan awam, menurut Jurutera Amalan Profesional Pengajian Lalu Lintas & Pengangkutan, Ir. Adnan Zulkiple.

"Kesesakan lalu lintas dan cerutan trafik (bottleneck) masih berlaku walaupun di lebuh raya ekspres kerana ketidakseimbangan dalam sistem pengangkutan kita, yang begitu bergantung pada penggunaan kenderaan persendirian. Keadaan ini tetap berlaku walau dengan penyediaan pengangkutan awam.

"Antara sebab sistem pengangkutan awam kita kurang popular ialah kekurangan laluan pejalan kaki dan basikal yang selesa untuk pengguna bagi first and last mile (bahagian awal dan akhir perjalanan)," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama.

Masalah first and last mile ialah cabaran lazim dalam sistem pengangkutan awam. Ia merujuk kepada bahagian pertama perjalanan dari titik permulaan – biasanya rumah atau tempat kerja – ke stesen pengangkutan awam dan sebaliknya.

Pengguna yang terpaksa menghabiskan terlalu banyak masa, tenaga, dan wang bagi pengangkutan awam akibat kesalinghubungan lemah akan lebih cenderung menggunakan pengangkutan persendirian.

KESALINGHUBUNGAN LEMAH

Reka bentuk sesuatu lebuh raya ekspres juga memainkan peranan besar dalam memastikan kelancaran trafik. 

"Paling penting, sesuatu lebuh raya itu haruslah dihubungkan ke lebuh raya lain, seelok-eloknya dalam kategori yang sama. Ini yang akan memastikan keberkesanannya,” kata Adnan.

Rangkaian lebuh raya dan jalan-jalan utama di Malaysia dibahagikan kepada kategori dan kelas tertentu yang masing-masing mempunyai kelajuan maksimum pemanduan berbeza. Untuk kelancaran trafik yang optimum, jalan-jalan yang dibina harus dihubungkan ke kategori dan kelas yang sama.

Sebagai contoh, sesuatu lebuh raya baharu haruslah dibina dari lebuh raya yang sedia ada.

"Senario paling teruk tetapi masih boleh diterima ialah apabila sesuatu jalan disambungkan ke jalan yang satu kelas lebih rendah. Jika jalan itu kelas U6 (lebuh raya ekspres), sepatutnya ia hanya boleh disambungkan kepada satu kelas lebih rendah iaitu kelas U5. Tetapi apa yang kita lihat berlaku di bandar-bandar jauh berbeza ," katanya.

Di jalan U6, kereta dibenarkan bergerak pada kelajuan maksimum 90km/j. Namun, jika ia disambungkan ke kategori yang lebih rendah seperti U4 atau U3, iaitu perbezaan kelajuan maksimum ketara, ia mungkin menyebabkan kenderaan terpaksa mengurangkan kelajuan dengan mengejut.

Ini akan menyumbang kepada peningkatan jumlah trafik yang akhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya.

Oleh itu, untuk mengelakkan kesesakan, sesuatu jalan seharusnya hanya disambungkan dengan kategori jalan yang sama atau satu kategori lebih rendah.

Standard Reka Bentuk Jalan

R6/U6
(Lebuh Raya Ekspres)

Reka bentuk geometrik paling tinggi bagi kawasan bandar dan pedalaman

Bagi perjalanan jarak jauh yang selesa dan selamat.

Direka dengan laluan terpisah dengan kawalan masuk penuh

Halaju tinggi ≥ 90km/j

R5/U5
(Lebuh Raya, Jalan Utama)

Reka bentuk geometrik tinggi bagi perjalanan jauh ke sederhana jauh

Kawalan masuk separa, sesuai bagi lebuh raya, jalan utama dan jalan arteri

Halaju tinggi ke sederhana ≥ 80km/j

R4/U4
(Jalan Utama, Jalan Sekunder)

Reka bentuk geometrik sederhana bagi perjalanan jarak sederhana

Kawalan masuk separa, sesuai bagi jalan utama, jalan sekunder, jalan arteri minor dan jalan pengumpul utama

Halaju sederhana ≥ 70km/j

R3/U3
(Jalan Sekunder, Jalan pengagih)

Tahap geometri rendah bagi lalu lintas tempatan

Kawalan masuk separa atau tiada kawalan, sesuai bagi jalan sekunder, jalan pengumpul dan jalan tempatan utama

Halaju 60km/j

R2/U2
(Jalan kecil)

Tahap geometri terendah bagi lalu lintas dua hala

Hanya bagi lalu lintas tempatan dengan kesesakan kenderaan komersial yang rendah

Bagi jalan kecil dan jalan tempatan

Halaju 50km/j

R1/U1
(Sering kali adalah untuk aliran sehala)

Tahap geometri rendah bagi lalu lintas sangat rendah

Kemungkinan rendah bagi lalu lintas dua hala

Halaju ≤40km/j

Standard khas

Standard
R1a

Bagi akses tempatan ke kawasan terkawal seperti stesen gelombang mikro dan zon keselamatan

Standard
U1a

Bagi akses tempatan ke kawasan perumahan kos rendah

R: Jalan pedalaman               U: Jalan bandar

PERLU KESEIMBANGAN

Mungkin ada yang berpendapat cara menyelesaikan isu kesesakan di lebuh raya ialah dengan membina lebih banyak lebuh raya.

Kini semakin jelas ianya bukan penyelesaian terbaik.

Adnan berkata penggunaan kenderaan persendirian dan pengangkutan awam seharusnya seimbang.

Masalah first and last mile bagi pengguna juga perlu ditangani.

"Seimbangkan penggunaan kenderaan persendirian dan pengangkutan awam di kawasan bandar mengikut nisbah sesuai iaitu 30:70. Pastikan sistem pengangkutan awam kompetitif.

“Pastikan juga keselesaan pengguna semasa first and last mile, sediakan diskaun tambang yang menarik dan insentif seperti yang dilaksanakan oleh negara maju. Ini akan menggalakkan pengguna lebih cenderung memilih pengangkutan awam,” katanya.

KEMEROSOTAN KUALITI HIDUP

Dr Shahridan Faiez, ThinkCity Advisor. Credit: Fahmi Aziz

Sementara itu, penasihat ThinkCity, Dr Shahridan Faiez percaya pengalaman berulang-alik yang semakin renyah bagi penduduk bandar secara tidak langsung akan mempengaruhi kualiti hidup mereka.

(Think City ialah organisasi impak bertujuan menjadikan bandar lebih layak huni dan lestari.)

Beliau memberitahu Bernama bahawa ini mungkin disebabkan negara ini didorong oleh 'pemikiran infrastruktur keras', di samping terlalu banyak penekanan pada jalan raya dan kereta.

"Dari segi pengangkutan, kita terperangkap dalam paradigma iaitu kita hanya berfikir daripada aspek jalan raya dan kereta, bagaimana untuk bergerak dari titik A ke titik B secepat mungkin," katanya.

Penggubal dasar perlu lebih realistik dan mengambil kira impak pembangunan bandar terhadap landskap kehidupan di bandar, katanya.

"Kita masih terperangkap dalam pemikiran era 1950-an dan 1960-an, ketika populasi kita ramai dari luar bandar.

"Ketika itu, kita bina jalan raya untuk menghubungkan kawasan terpencil, tetapi hari ini kita hidup di bandar yang populasinya sangat padat. Kediaman kita dekat dengan kediaman orang lain.

Kategori Jalan di Malaysia

(berdasarkan Arahan Teknik Jalan 8/86 Panduan Reka Bentuk Geometri Jalan)

Lebuh Raya Ekspres:

Definisi

Lebuh Raya Berbahagi bagi

lalu lintas tanpa henti

Lalu lintas tanpa henti merujuk kepada kenderaan atau orang ramai yang melalui sesuatu kawasan tanpa berhenti di situ.

untuk tujuan perjalanan jarak jauh dengan capaian terkawal dan

pengasingan laluan di persimpangan.

Pengasingan laluan di persimpangan ialah pengasingan fizikal tahap/jenis lalu lintas berbeza seperti jalan dan laluan kereta api. Ini supaya laluan-laluan ini tidak bertembung antara satu sama lain demi memastikan keselamatan lalu lintas, selain mengurangkan kesesakan trafik dan melancarkan perjalanan.

Kawasan Luar Bandar

Kerangka utama untuk pengangkutan jalan raya negara, memastikan kelancaran perjalanan

Kawasan Bandar

Penting untuk aliran trafik di kawasan bandar, melengkapi Lebuh Raya Ekspres luar bandar

Jenis Akses

Kawalan Masuk Penuh

>
Kawalan Masuk Penuh

Keutamaan diberikan kepada lalu lintas tanpa henti dengan:
•  Menghubungkan jalan awam tertentu
•  Tidak membenarkan lintasan rata atau lorong masuk persendirian

Lebuh Raya

Sebahagian daripada jaringan jalan raya antara negeri, melengkapi jaringan lebuh raya ekspres

Biasanya menghubungkan ibu negara, ibu negeri serta pintu masuk/keluar negara

Bagi perjalanan jarak sederhana dan panjang dan pemanduan pada kelajuan sederhana ke tinggi

Jenis Akses

Kawalan Masuk Separa

>
Kawalan Masuk Penuh

•  Lalu lintas tanpa henti diutamakan, selain akses kepada jalan awam tertentu
•  Pengasingan laluan persimpangan terhad kepada kawasan tertentu
•. Untuk menggantikan keterbatasan akses, buka depan dan jalan susur mungkin disediakan

Jalan Utama

Laluan-laluan utama yang membentuk jaringan asas sistem pengangkutan jalan raya sesuatu negeri

Bagi perjalanan jarak sederhana pada kelajuan sederhana

Biasanya menghubungkan ibu negeri, ibu daerah atau bandar utama

Jenis Akses

Kawalan Masuk Separa

>
Kawalan Masuk Separa

•  Lalu lintas tanpa henti diutamakan, selain akses kepada jalan awam tertentu
•  Pengasingan laluan persimpangan terhad kepada kawasan tertentu
•. Untuk menggantikan keterbatasan akses, buka depan dan jalan susur mungkin disediakan

Jalan Sekunder

Laluan-laluan utama yang membentuk jaringan asas sistem pengangkutan jalan raya sesuatu daerah atau kawasan pembangunan serantau

Bagi perjalanan jarak sederhana

Menghubungkan bandar utama atau kawasan pembangunan serantau sesuatu daerah

Jenis Akses

Kawalan Masuk Separa

>
Kawalan Masuk Separa

•  Lalu lintas tanpa henti diutamakan, selain akses kepada jalan awam tertentu
•  Pengasingan laluan persimpangan terhad kepada kawasan tertentu
•. Untuk menggantikan keterbatasan akses, buka depan dan jalan susur mungkin disediakan

Jalan Kecil

Terpakai kepada semua jalan di kawasan pedalaman kecuali yang telah disebut di atas

Jaringan asas di zon pedalaman, termasuk jalan-jalan khas

Bagi lalu lintas tempatan dengan perjalanan jarak pendek

Jenis Akses

Kawalan Masuk Separa

>
Kawalan Masuk Separa

•  Lalu lintas tanpa henti diutamakan, selain akses kepada jalan awam tertentu
•  Pengasingan laluan persimpangan terhad kepada kawasan tertentu
•. Untuk menggantikan keterbatasan akses, buka depan dan jalan susur mungkin disediakan

Tiada Kawalan

>
Tiada Kawalan

Tiada kawalan bagi akses masuk dari mana-mana arah

Jalan Pengumpul

Menghubungkan jalan arteri dengan jalan tempatan

Laluan utama yang menembusi kejiranan, kawasan komersial dan kawasan perindustrian

Jenis Akses

Kawalan Masuk Separa

>
Kawalan Masuk Separa

•  Lalu lintas tanpa henti diutamakan, selain akses kepada jalan awam tertentu
•  Pengasingan laluan persimpangan terhad kepada kawasan tertentu
•. Untuk menggantikan keterbatasan akses, buka depan dan jalan susur mungkin disediakan

Jalan Tempatan

Jaringan asas dalam sesuatu kejiranan dengan laluan terus ke kawasan bersebelahan

Penghubung bagi jalan pengumpul dan bagi perjalanan jarak pendek

Tidak digalakkan untuk lalu lintas tanpa henti