Pilihan Raya Kecil

Mahkota

2024

Sekilas Fakta

Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan diadakan pada 28 September 2024 susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, pada 2 Ogos lepas.

Sharifah Azizah, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang selepas mengalami kesesakan nafas dan pendarahan dalaman.

Mahkota merupakan salah satu daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan parlimen Kluang, selain kerusi DUN Mengkibol. Kerusi parlimen tersebut dipegang kerajaan perpaduan, dengan Wong Shu Qi dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkhidmat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu sejak 2018.

Kerusi DUN Mahkota mula dipertandingkan pada tahun 2004 dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 dan dimenangi Barisan Nasional (BN). BN mengekalkan kerusi itu pada PRU ke-12 dan ke-13, tetapi tewas kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU ke-14 pada 2018.

Sharifah Azizah membantu BN merampas semula kerusi itu pada 2022.

Pada 15 September, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 607 kertas undi pos kepada mereka yang layak mengundi melalui pos. Terdapat 591 kertas undi pos dikeluarkan bagi Kategori 1A (melibatkan petugas pilihan raya, anggota polis dan anggota tentera yang bertugas semasa tempoh mengundi).

Empat kertas undi pos dikeluarkan bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi dan tinggal di luar negara); dua kertas undi pos bagi Kategori 1C (melibatkan agensi dan organisasi); dan 10 kertas undi dikeluarkan untuk Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Menurut SPR, pengundian awal diadakan pada 24 September dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 95.45 peratus.

Tempoh berkempen selama 14 hari berlangsung dari 14 September hingga 11.59 malam pada 27 September. Ini adalah PRK ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.

SPR menyatakan bahawa PRK ini akan melibatkan seramai 66,318 oang pengundi. Pecahan pengundi adalah seperti berikut:

Calon Bertanding

Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, Sharifah Azizah menghadapi saingan empat penjuru untuk kerusi DUN Mahkota.

Allahyarhamah berjaya menewaskan calon PH (Muhammad Taqiuddin Cheman), Perikatan Nasional (Mohamad Nor Lingan) dan Warisan (Mohamed Noor Suleiman).

Anak kelahiran Kluang itu, yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor, menang dengan majoriti 5,166 undi.

PRK Mahkota kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan Perikatan Nasional (PN).

BN mencalonkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, manakala PN menamakan bekas pemain bola sepak Johor FA, Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calonnya.

Kedua-dua calon berasal dari Kluang, Johor.

Syed Hussien Syed Abdullah

(Umur: 40)

BARISAN NATIONAL

Mohamad Haizan Jaafar

(Umur: 61)

PERIKATAN NASIONAL

Hari Mengundi

Setakat 4 petang, sebanyak 47.16 peratus daripada 61,397 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka di 20 pusat pengundian.

Pecahan data yang kami gunakan adalah ihsan Tindak Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Laporan, Terjemahan & Visualisasi Data: Shaza Al Muzayen
Pereka Web: Ummul Syuhaida Othman
Editor: Sakina Mohamed