Pilihan Raya Kecil

Ayer Kuning

2025

Sekilas Fakta

Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning akan diadakan pada 26 April 2025 susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, pada 22 Februari lepas.

Ishsam, 58, rebah dan tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan disahkan meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Memandangkan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perak belum mencapai tempoh mandat tiga tahun, PRK perlu diadakan untuk kerusi Ayer Kuning.

Ayer Kuning (N.48) merupakan salah satu daripada dua kerusi DUN dalam kawasan parlimen Tapah (P.072), selain kerusi DUN Chenderiang (N.47). Kerusi parlimen tersebut dipegang kerajaan perpaduan, dengan Datuk Seri Saravanan Murugan dari Barisan Nasional (BN) berkhidmat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu sejak 2008.

Sejak diwujudkan pada tahun 1986, kerusi DUN Ayer Kuning kekal di bawah penguasaan BN-UMNO selama sembilan penggal berturut-turut.

Mengikut laporan Bernama pada 14 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada mereka yang layak mengundi melalui pos. Terdapat 13 undi pos dikeluarkan bagi Kategori 1A (petugas pilihan raya dan anggota polis) dan tiga undi pos bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang menetap di luar negara)

Menurut SPR, pengundian awal diadakan pada 22 April dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 93.4 peratus.

Proses pengundian awal untuk PRK ini melibatkan seramai 500 anggota polis bersama pasangan masing-masing

Tempoh berkempen selama 14 hari berlangsung dari 12 April hingga 11.59 malam pada 25 April. Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.

PRK ini akan melibatkan seramai 31,897 pengundi berdaftar. Pecahan pengundi adalah seperti berikut:

Calon Bertanding

Pada PRU-15, Isham menghadapi saingan lima penjuru untuk kerusi DUN Ayer Kuning.

Allahyarham memenangi DUN berkenaan dengan meraih 9,088 undi. Beliau berjaya menewaskan calon PH (Dr Mohd Nazri Hashim - 6,875 undi), Perikatan Nasional (Noor Farid Zainal - 6,812 undi), Parti Sosialis Malaysia (Bawani Kaniapan - 586 undi) dan Pejuang (Maziah Salim - 105 undi).

Anak kelahiran Perak itu, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, menang dengan majoriti 2,213 undi.

PRK Ayer Kuning kali ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN-UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

BN-UMNO mencalonkan Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, manakala PN menamakan Abd Muhaimin Malek, 44 sebagai calonnya. PSM sekali lagi mengumumkan Bawani, yang juga dikenali sebagai Bawani KS, sebagai calon mewakili parti itu dalam PRK DUN Ayer Kuning.

Dr Mohamad Yusri Bakir

(Umur: 54)

BARISAN NATIONAL (BN)

Abd Muhaimin Malek

(Umur: 44)

PERIKATAN NASIONAL (PN)

Bawani KS

(Umur: 40)

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM)

Hari Mengundi

Setakat 4 petang, sebanyak 47.16 peratus daripada 61,397 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka di 20 pusat pengundian.

Pecahan data yang kami gunakan adalah ihsan Tindak Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Laporan, Terjemahan & Visualisasi Data: Shaza Al Muzayen
Pereka Web: Ummul Syuhaida Othman
Editor: Sakina Mohamed