PCOS Bebani Ramai Wanita Dalam Senyap

Satu dalam 10 wanita daripada kumpulan usia reproduktif seluruh dunia telah didiagnos sindrom ovari polisistik (PCOS). Namun, ramai masih kurang kesedaran tentang gangguan metabolik dan hormon yang kompleks ini.

Oleh: SHAZA AL MUZAYEN
Editor: SAKINA MOHAMED
Pereka Grafik: UMMUL SYUHAIDA OTHMAN
Juru Gambar & Juruvideo: HAFZI MOHAMED
Penyunting Video: HAMIZAH ZAINI
Visualisasi Data: SHAZA AL MUZAYEN

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Deena Marzuki biasa mendengar tentang perubahan pada tubuh ketika memasuki alam remaja, namun perubahan yang dilaluinya bukan yang lazim dialami remaja lain.

Selain berat badan yang semakin bertambah, dia sering mengalami kembung perut dan kelesuan. 

"Saya tak faham bagaimana gejala sedemikian boleh berlaku sedangkan saya begitu aktif dalam bidang sukan,” kata Deena, yang kini berusia 34. 

Di sebalik rasa runsing, Deena meneruskan rutin hariannya dengan anggapan apa yang dialaminya itu akan ‘sembuh dengan sendirinya’. 

Masa berlalu namun gejala yang ada tidak beransur baik. Malah, gejala baharu pula timbul. Selain sering pening kepala, bulu badannya juga semakin lebat tumbuh.

Apabila mencapai usia 17 tahun namun masih belum didatangi haid, Deena sedar sudah tiba masanya untuk mendapatkan bantuan perubatan. 

Doktor menjalankan pelbagai ujian darah namun hanya setelah melakukan pemeriksaan ultrasound sista dikesan pada bahagian ovarinya.

Inilah yang membawa kepada diagnosis Sindrom Ovari Polisistik atau Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), sekaligus menjawab pelbagai persoalan yang membelenggu dirinya sejak melangkah usia remaja. 

PCOS ialah satu sindrom yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan metabolisme dalam tubuh wanita.

Walaupun prevalens PCOS agak tinggi dalam kalangan wanita, perbincangan mengenainya hanya mula mendapat perhatian apabila selebriti antarabangsa yang mengalami sindrom ini seperti Bebe Rexha, Daisy Ridley dan Victoria Beckham berkongsi pengalaman mereka.

Punca PCOS

Sehingga kini punca seseorang wanita itu mendapat PCOS menjadi topik perbahasan. Faktor seperti rintangan insulin, penghasilan androgen yang berlebihan, genetik serta obesiti dianggap penyebab yang mungkin bagi sindrom berkenaan.

Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Kesuburan dari Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Farah Leong Rahman berkata punca tepat PCOS masih sukar dikenalpasti walaupun ramai mengalaminya.

“Punca sebenar PCOS belum diketahui lagi. Ia satu sindrom metabolik yang kompleks dan puncanya pelbagai. 

“Ada kemungkinan PCOS berlaku akibat kecenderungan genetik. Ia mungkin tidak diwarisi secara langsung tetapi mungkin berlaku dalam keluarga. Sekiranya anda ada saudara perempuan yang mempunyai PCOS, anda juga mungkin mewarisi sindrom itu,” katanya dalam satu wawancara dengan Bernama.

Beliau menambah, PCOS juga mungkin berkait dengan hormon dan gaya hidup.

Trend Menaik Kes PCOS

Dalam kebanyakan kes, wanita dalam usia subur dilaporkan menghidap PCOS dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka berusia antara 15 dan 49 tahun.

Merujuk kepada kenyataan badan dunia itu, Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Kesuburan Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) Dr Ashley Chung Soo Bee berkata, 1 dalam 10 wanita daripada kumpulan usia subur cenderung mendapat PCOS.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini, bilangan pesakitnya yang didiagnos dengan PCOS turut bertambah. 

“Saya boleh katakan seorang atau dua daripada 10 pesakit yang datang ke klinik saya menghidap PCOS,” katanya. 

Menurut satu artikel yang diterbitkan pada tahun 2022 dalam jurnal The Lancet, kadar prevalens PCOS di peringkat global adalah 5 hingga 18 peratus. 

Di Malaysia, hasil penyelidikan tempatan terkini mendapati prevalens sindrom ini dalam kalangan wanita Malaysia juga melaporkan hasil yang serupa. Bagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa kajian ini dibuat dalam skala kecil.

Pada tahun 2018, satu kajian melibatkan 312 pesakit wanita dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya mengenal pasti 164 kes PCOS. Ini bermakna lebih separuh daripada peserta kajian menderita sindrom ini. 

Sementara itu, satu kajian yang dijalankan pada tahun 2019 yang memfokuskan kakitangan wanita di sebuah universiti tempatan mendapati 12.6 peratus daripada mereka mengalami PCOS, iaitu 85 daripada 675 kakitangan. 

Satu kajian terkini dijalankan pada tahun 2022 di Lembah Klang pula mendedahkan seramai 43 daripada 410 wanita Malaysia di kawasan berkenaan didiagnos dengan PCOS, menunjukkan kadar prevalens 10.49 peratus.

Bagaimanapun, perlu diperjelaskan bahawa kajian yang sama mendapati 11 orang wanita (2.68 peratus) didiagnos mempunyai PCOS berdasarkan tanda serta gejala, sementara 135 wanita lain (32.93 peratus) dalam kategori disyaki, tetapi tidak disahkan, mempunyai PCOS.

Gejala & Simptom

Wanita yang menghidapi PCOS mungkin mengalami pelbagai gejala yang menunjukkan kewujudan sindrom, dengan ada yang lebih ketara gejalanya, berbanding yang lain.

The American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) menyenaraikan gejala yang paling lazim dikaitkan dengan PCOS ialah haid yang tidak teratur, ketidaksuburan, obesiti, hirsutisme (pertumbuhan bulu badan yang berlebihan), akne atau jerawat yang teruk, kulit muka berminyak, Acanthosis nigricans (tompok kulit tebal, gelap pada celah badan) serta sista ovari.

Antara gejala PCOS yang lain seperti kesukaran menurunkan berat badan, kutil kulit, rambut menipis di kulit kepala dan kebotakan corak lelaki.

Bagi Deena pula, gejala PCOS yang dialaminya bukan sahaja pelbagai, malah semakin lama, semakin teruk. 

“Pertambahan berat badan saya begitu melampau. Pada awalnya, saya tak ada masalah dengan kandungan gula dalam darah tetapi apabila berat badan saya bertambah, paras insulin saya melonjak dan saya mengalami isu rintangan insulin. 

“Saya juga mengalami pertumbuhan bulu badan yang berlebihan di bahagian atas bibir saya dan di dagu. Bulu badan saya juga lebih tebal daripada biasa. 

“Apabila saya didatangi haid, kitaran haid saya amat tidak teratur. Masih terdapat sista pada ovari saya dan saya juga mengalami ketidakseimbangan hormon. Saya turut menjadi bimbang dengan isu ketidaksuburan kerana saya amat mahukan anak sendiri pada masa hadapan. 

“Masalah kembung perut saya juga tidak selesai dan saya mula mengalami migrain yang amat teruk,” tambahnya.

Kaitan Antara Obesiti & PCOS

Di Malaysia, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Umum (IPU), mendapati kenaikan kes obesiti dalam kalangan penduduk tempatan pada tahun 2011, 2015 dan 2019.

Setiap tinjauan turut mendedahkan kadar kenaikan yang membimbangkan dalam obesiti dan obesiti perut dalam kalangan wanita Malaysia. 

Memandangkan obesiti dilihat sebagai salah satu gejala biasa PCOS, ramai yang mungkin membuat andaian bahawa terdapat hubungan sebab akibat antara kadar obesiti yang meningkat dalam kalangan wanita Malaysia dan PCOS. 

Bagaimanapun, menurut Dr Ashley, wanita dengan berat serta indeks jisim badan (BMI) normal boleh juga mendapat PCOS. 

“Ramai selalu beranggapan PCOS ada kaitan dengan obesiti tetapi sehingga 30 peratus wanita menghidapi ‘lean PCOS’, iaitu kes PCOS melibatkan wanita yang mempunyai berat normal. 

“Wanita dengan ‘lean PCOS’ hanya didiagnos selepas bertahun-tahun menghidapinya dan berpotensi mendapat masalah ketidaksuburan yang banyak di samping juga kemungkinan tinggi menghidap diabetes mellitus, hipertensi dan penyakit jantung,” katanya.

Cara Dapatkan Diagnosis  

Mereka yang menghadapi mana-mana gejala yang dikaitkan dengan PCOS mungkin tertanya-tanya bagaimana hendak mendapatkan diagnosis yang tepat. 

Dr Farah mencadangkan berjumpa dengan pengamal perubatan am atau pakar sakit puan. 

“Yang penting dapatkan diagnosis agar mereka dapat pengurusan serta pilihan rawatan yang sempurna,” katanya. 

Memandangkan PCOS juga boleh berlaku akibat isu hormon, mungkin ada yang ingin tahu keperluan berjumpa dengan pakar endokrin. 

“Sekiranya pesakit datang dengan masalah haid yang tidak teratur dan didiagnos dengan PCOS menerusi ultrasound atau ujian darah, pakar sakit puan akan dapat membantu dan memberi nasihat sewajarnya. 

“Bagaimanapun, berjumpa dengan pakar endokrin boleh membantu jika pesakit ada masalah berkaitan berat badan atau isu metabolisme seperti diabetes atau kolesterol,” kata Dr Farah. 

Beliau turut berkongsi maklumat apa yang perlu diketahui pesakit baharu apabila berjumpa dengan doktor. 

“Bagi pesakit baharu yang datang berjumpa dengan saya, perkara pertama yang akan saya tanya ialah simptom, kitaran haid dan sejarah keluarga.  

“Kemudian, saya akan buat pemeriksaan fizikal termasuk memeriksa BMI dan pemeriksaan ultrasound untuk melihat sama ada terdapat polisistik ovari dan abnormaliti lain. Jika perlu, kami mungkin buat ujian darah hormon,” jelasnya. 

Dr Farah menambah, diagnosis PCOS akan dibuat sekiranya memenuhi kriteria tertentu seperti yang terkandung dalam Kriteria Rotterdam.

Komplikasi Kesihatan Disebabkan PCOS

Memandangkan gejala PCOS ini pelbagai, tidak hairanlah jika ia berpotensi membawa pelbagai kesan ke atas tubuh wanita.

Dr Ashley berkata risiko kesihatan yang serius adalah lebih tinggi dengan adanya PCOS dan wanita yang terkesan dengan perkara ini mungkin terpaksa menanggungnya sepanjang hayat. 

“Wanita dengan PCOS berisiko tinggi mendapat diabetes, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah keluarga penyakit itu. Risiko yang sama turut ada jika mereka mendapat diabetes semasa hamil (gestational diabetes mellitus). 

“Mereka yang mempunyai PCOS dan obesiti juga berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung kerana kesan yang terpaksa ditanggung tubuh. Mereka juga berkemungkinan menghidap hiperkolesterolemia (kolesterol tinggi) pada masa hadapan. 

Mereka yang menghidap PCOS juga berkemungkinan mendapat kanser endometrial.

“Ini kerana kedatangan haid yang tidak teratur boleh memudaratkan lapisan endometrium (tisu dinding) rahim terutamanya jika haid mereka kurang daripada tiga kali setahun,” jelasnya. 

Melihat kepada kes tinggi untuk diabetes, hipertensi dan hiperkolesterolemia dalam kalangan wanita Malaysia sejak sedekad lalu, mungkin ada yang tertanya jika ada di antara kes itu berpunca daripada PCOS yang tidak didiagnos.

Merawat dan Mengurus PCOS

Meskipun belum ada penyembuh untuk PCOS, terdapat cara untuk mengurus serta merawat sindrom berkenaan supaya wanita yang terkesan dengan PCOS mampu memperbaiki kesihatan serta kualiti kehidupan mereka. 

Dr Farah mencadangkan agar wanita kerap menjalani pemeriksaan kesihatan, tanpa mengira jika mereka menghidap PCOS atau tidak.

“Tiada syarat tertentu bila perlu mula buat pemeriksaan kesihatan, tapi sebaik sahaja anda mencapai usia 20an, anda perlu jumpa pakar sakit puan. Jika semuanya dalam keadaan baik, teruskan buat pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setahun, untuk pap smear dan imbasan.

“Walaupun anda wanita sihat, adalah terbaik untuk buat pemeriksaan kesihatan kerana penyakit seperti fibroid dan PCOS agak sukar dikesan dan disahkan,” katanya.

Perubahan kepada gaya hidup juga adalah amat penting.

“Nasihat kami kepada pesakit kami ialah kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat. Kurangkan juga makanan bergoreng, lemak tepu, daging merah dan gluten. Penting untuk mereka mengamalkan diet yang seimbang daging tanpa lemak, bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran. Perlu juga kerap bersenam,” kata Dr Ashley.

Untuk mengendalikan penampilan luaran yang terkesan akibat PCOS, antaranya pesakit boleh mendapatkan rawatan kosmetik. Contoh rawatan seumpama itu adalah membuang bulu berlebihan menggunakan laser dan prosedur dermatologi. 

Bagi wanita yang menghidap PCOS, sokongan rawatan mental juga penting kerana sindrom ini banyak memberi kesan kepada fizikal serta emosi mereka. 

“Mereka ini sering resah, murung, berasa rendah diri dan stres. Kesemuanya ini menjejaskan kesejahteraan hidup mereka. Ada baiknya jika mereka menyertai kumpulan sokongan atau persatuan yang boleh membantu wanita yang menghidap PCOS hidup bermasyarakat. 

“Mendapatkan bantuan kaunseling boleh membantu mereka mengurus kesan emosi akibat PCOS. Sokongan daripada keluarga, kawan dan rakan sebaya juga penting,” kata Dr Ashley.

Tabu & Stigma

Topik kesihatan wanita seperti PCOS sehingga kini sering dianggap sebagai tabu. Tanggapan ini membuatkan ramai wanita sukar berbincang tentang masalah kesihatan yang membelenggu diri kerana bimbang ianya kurang sesuai untuk perbincangan umum, dan mungkin berpotensi dijadikan bahan ejekan. 

Dr Farah berkata berdasarkan pemerhatiannya, ramai wanita Malaysia masih enggan berbincang secara terbuka mengenai kesihatan mereka. 

“Bukan sahaja tentang PCOS, tetapi juga masalah kesihatan wanita yang lain seperti isu kesuburan, gangguan fungsi seksual dan masalah faraj. Ramai wanita mempunyai masalah ini tetapi enggan untuk mendapatkan bantuan kerana mereka berasa malu untuk bercakap mengenai perkara yang sepatutnya dirahsiakan.  

“Mereka ini akan hanya berjumpa doktor selepas banyak mencuba ubat-ubatan yang dijual di kaunter tapi tak menyelesaikan masalah mereka dan mengakibatkan banyak masa terbuang,” katanya. 

Apabila diminta pandangan apa yang perlu dilakukan untuk memecahkan kebuntuan yang mengekang isu kesihatan wanita, Dr Farah berkata, lebih banyak program ‘turun padang’ perlu dilakukan untuk mendidik penduduk negara ini. 

“Banyak usaha diperlukan untuk mendidik rakyat Malaysia. Mulakan dengan menganjur program ceramah untuk komuniti kecil. Buat program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang menyokong dan mengetengahkan isu kesihatan ini. 

“Selain itu, mulakan perbualan di platform media sosial. Apabila kesedaran diwujudkan, kita dapat memberitahu orang ramai bahawa bantuan sememangnya ada untuk mereka dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak keseorangan,” kata Dr Farah. 

Bersandarkan kepada pengalaman serta perjuangannya dengan PCOS, Deena adalah antara pengasas pertubuhan yang berpangkalan di Malaysia dikenali sebagai MY PCOS I Love You.

“Pertubuhan kami memberi tumpuan kepada mewujudkan kesedaran serta mendidik orang awam tentang PCOS. Kami di sini untuk membantu wanita yang menghidap PCOS, belajar untuk mengurus gaya hidup mereka dan mengawal kesihatan mereka,” kata Deena.

Nantikan Bahagian 2 siri ‘Hidup dengan PCOS’ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Deena dan pengasas bersama My PCOS I Love You yang lain.

01

/08

02

03

04

05

06

07

08

Back

Sila ambil perhatian maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat semata-mata dan bukan untuk nasihat perubatan. Sekiranya anda syaki anda menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) atau didiagnos dengan PCOS, sila dapatkan nasihat profesional perubatan yang berkelayakan untuk diagnosis, rawatan dan nasihat perubatan peribadi. Penulis serta penerbit artikel ini tidak bertanggungjawab untuk sebarang kesan buruk atau akibat daripada penggunaan maklumat yang disampaikan di sini.

Share This:
Editor: Sakina Mohamed

Writer: Shaza Al Muzayen

Designer: Ummul Syuhaida Othman

Photographer & Videographer: Hafzi Mohamed

Video Editor: Hamizah Zaini