PATAH DAHAN TEMPAT BERNAUNG,
PATAH LANTAI TEMPAT BERPIJAK

Illustrasi ini berdasarkan gambar Kampung Kaloi seperti yang dirakamkan pada Jun 2022

Bahagian satu dari tiga siri ini mengisahkan nasib komuniti Orang Asli Temiar di Kampung Kaloi yang tersepit antara pembangunan tidak terancang, kemusnahan alam sekitar dan persaingan hidup dengan hidupan liar yang kehilangan habitat.

Oleh: WAN MUHAMMAD ASLAH WAN RAZALI & SAKINA MOHAMED
Pereka Grafik: UMMUL SYUHAIDA OTHMAN
Juru Gambar: SHAHRIZAN JEFFRI AZIZ

Kenderaan Bernama melalui jalan pembalakan berlumpur kira-kira 4km dari Kampung Kaloi, bukti kegiatan pembalakan sudah mencerobohi kawasan penempatan Orang Asli.
Sept 24, 2022 (Bernama) -- Kampung Kaloi hanya 37km dari pekan Gua Musang, tetapi perjalanannya boleh memakan masa hingga tiga jam.

Dalam tengah panas terik kami bertolak ke arah kampung itu yang terletak dalam pedalaman hutan simpan Kelantan. Jalan yang dilalui berlumpur dan berceranggah. Kenderaan pacuan empat roda kami dipandu dengan perlahan kerana beberapa kali tergeluncur. Ada kalanya kami terpaksa turun kenderaan untuk memeriksa keadaan tayar.
Segala penat dan lelah bagaikan hilang setibanya di destinasi. Suasana di Kampung Kaloi damai, dipecahkan sesekali dengan derai tawa kanak-kanak.

Ketibaan kami disambut mesra penduduk kampung. Kami dibawa masuk ke Dewan Adat, satu ruang besar yang digunakan oleh penduduk kampung untuk berkumpul, bermesyuarat dan mengadakan upacara adat.

Di situlah kami dikenalkan dengan Along Busu, 75. Beliau Tok Halak (dukun) kampung itu yang didiami 91 penduduk.

Penglihatan Along telah hilang beberapa tahun lalu. Namun, sejurus mendengar derapan tapak kaki kami, beliau terus tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Selamat datang, selamat datang,” sapa beliau, ceria.

Along tinggal dalam Dewan Adat. Sosok ini amat dihormati penduduk kampung dan sering menjadi rujukan kerana selain beliau, hanya tinggal beberapa lagi sahaja “orang lama” di kampung itu yang memastikan kepercayaan dan cara hidup orang Temiar terus diamalkan.  

Pembangunan di kawasan itu seolah meminggirkan isu pemuliharaan tanah adat kaum Temiar. Saban hari, semakin banyak tanah hutan di sekeliling yang dibalak secara giat lalu diubah menjadi ladang getah dan kelapa sawit.

Namun tanah inilah tempat bernaung dan bergantung kaum Temiar di situ sejak bergenerasi dahulu. Ada kalanya pembalakan begitu giat sehingga terkeluar dari kawasan konsesi sehingga mencerobohi tanah adat mereka.

Kebanyakan dari tanah adat ini sebenarnya hutan dara dengan biodiversiti berusia lebih seratus juta tahun. Malah, ada spesis tumbuhan yang hanya didapati di sini yang sedang dikaji kerana potensi rawatan bagi penyakit seperti kanser.

Jika dimusnahkan, biodiversiti hutan di situ akan hilang selama-lamanya.

Klik untuk maklumat lanjut

Kawasan yang dahulunya hutan berbukit telah ditebang dan ditarah menjadi teres untuk tanaman ladang. Antara kawasan ini termasuk tanah adat Orang Asli menyebabkan komuniti itu semakin sukar mendapatkan sumber makanan dan tempat tinggal.

Rakaman dron menunjukkan kawasan tanah hutan yang ditebang berdekatan Sungai Neggiri dan merupakan kawasan penanaman kelapa sawit terbesar di Gua Musang. Luas kawasan dianggarkan kira-kira 2,242 hektar (900 hektar). Lokasinya hanya 8km dari Kampung Kaloi.

KAUM TEMIAR GUA MUSANG

Menjadi sebahagian adat dan kepercayaan Temiar untuk berpindah dari satu penempatan ke penempatan lain dalam kawasan tanah adat mereka, setiap lima ke enam tahun.

Malangnya adat ini tidak diperakui pihak berkuasa tempatan. Akibatnya, Kampung Kaloi tidak pernah mendapat status kampung yang diiktiraf kerajaan tempatan, sekaligus menjadikannya tidak layak untuk mendapat apa-apa bantuan kerajaan. Ini tambah menyukarkan nasib mereka, terutama sekali ketika pandemik COVID-19.

Kaum Temiar merupakan sebahagian daripada suku kaum Orang Asli terbesar di Semenanjung Malaysia iaitu Senoi. 

Berasal dari kawasan pergunungan Kemboja dan Vietnam, mereka berpindah ke bahagian utara semenanjung ketika gelombang migrasi kedua lebih 8,000 tahun lalu.

Sejak beribu tahun yang lalu, orang Senoi tinggal di wilayah mereka sendiri yang asing dari kawasan tanah adat suku kaum Orang Asli lain di Malaysia.
Along Busu, Tok Halak (Ketua Kampung), Kampung Kaloi.

Menurut Along, komuniti kampung itu sebelum ini tinggal di Kampung Kuala Wok, sebuah perkampungan yang dibuka pada 1990 kira-kira 7km dari situ. Sebelum itu pula mereka tinggal di Kampung Kuala Wias.

Adat Temiar untuk berpindah selang beberapa tahun itu bertujuan memulihara alam sekitar di kawasan penempatan lama. Namun, corak migrasi di Wias sebenarnya lebih banyak dipengaruhi aktiviti pembalakan yang semakin giat di kawasan tanah adat Orang Asli.

“Dulu dekat kampung lama di Kuala Wias dulu, macam-macam kita tanam – padi bukit, ladang buah-buahan, durian. Datang “orang balak” habis semua.

“Macam-macam surat kami dah hantar tentang pembalakan ini, tapi seorang pun tak peduli,” kata Along.

Beliau mengenang kehidupan yang lebih sejahtera di Kampung Kuala Wok yang mana penduduk kampung mudah dapat menanam padi dan pisang sebagai sumber rezeki. Sungai berdekatan pula jernih dan mampu menjadi sumber air bersih dan habitat pelbagai jenis ikan.

Namun, pada 2010, semuanya musnah apabila tanah di kampung dan hutan sekeliling dijadikan ladang getah.

Katanya sebab utama mereka berpindah dan membuka Kampung Kaloi ialah untuk memulakan kehidupan baru yang jauh dari ancaman pembalakan, namun perancangan mereka jelas gagal.

Along berkata niat mereka hanyalah untuk hidup secara sederhana dan lestari, bukan untuk mengumpul harta.
“Kami Orang Asli ni kalau nak banding harta dengan orang bandar memang kami ini miskin, tapi kami tidaklah kelaparan, makan minum kami semua cukup.

“Tapi dengan keadaan sekarang ini memang boleh jadi lapar, sebab nak tanam itu ini tidak boleh, nak buka ladang tidak boleh. Macam mana kami nak hidup?”

Beliau turut menyangkal tanggapan bahawa Orang Asli menolak pembangunan dan kemodenan.

“Mungkin pada pandangan orang luar, cara Orang Asli hidup kelihatan seperti ‘malas’ kerana kami tidak mahu menebang pokok untuk luaskan kawasan penanaman. Amalan sebegitu bercanggahan dengan adat kepercayaan kami, iaitu menghargai dan menghormati tanah dan hutan. Kami tidak mahu melihat semuanya musnah,” kata Along.

SEMAKIN TERHIMPIT

Namun kemusnahan seperti itulah yang berlaku di Pos Tohoi, sebuah penempatan Orang Asli kira-kira 15km dari Kampung Kaloi.

Akibatnya, hidupan liar dari hutan itu mula berkeliaran dan masuk ke kampung-kampung berdekatan, termasuk di Pos Tohoi, yang mana seorang penduduk kampung mati diserang harimau.

Harimau Malaya sedang mengalami kepupusan bukan sahaja kerana pemburuan haram tetapi juga kerana masalah genetik dan demografi. Kini mereka semakin terancam kerana kawasan habitat yang semakin mengecil akibat pembalakan. Inilah sebabnya kisah konflik manusia dan hidupan liar semakin kerap dipaparkan di dada akhbar kebelakangan ini.
Kesan baru tapak kaki dua ekor beruang matahari (Helarctos malayanus) kelihatan di jalan pembalakan Gua Beraong, kurang 2km dari Kampung Kaloi. (BERNAMA)
Masyarakat Orang Asli tidak akan mengambil tindakan mengapa-apakan hidupan liar meskipun keselamatan mereka terancam kerana ini bercanggahan dengan kepercayaan mereka yang menghormati alam sekitar

“Dulu kami tanam macam-macam – padi bukit, pisang, ubi kayu, padi – tapi sekarang ini memang susah sebab Orang Besar (gajah) asyik datang. Kami tanam je dia datang, habis pokok-pokok pisang kami kena pijak.

“Disebabkan tempat mereka banyak dah musnah, tempat cari makan dah tak ada. Sebab itu mereka (gajah) datang dekat kampung-kampung Orang Asli ini nak cari makan,” kata Along.
Kami mendapat tahu tentang kepayahan penduduk kampung mendapatkan makanan daripada Persatuan Aktivis Sahabat Alam, sebuah badan bukan kerajaan yang sering menyediakan bantuan kepada penduduk kampung itu.

Untuk tidak membebankan penduduk kampung, kami singgah ke pekan Gua Musang untuk membeli bekalan makanan mentah sebelum bertolak ke Kampung Kaloi.

Usai penyerahan bekalan makanan kepada wakil penduduk kampung, kami diminta menunggu di dalam Dewan Adat sementara sajian tengahari disediakan. Terasa nyaman di dalam dewan itu walaupun tiada sebarang penyejuk udara digunakan.

Klik untuk maklumat lanjut

Atap dibuat dari daun bertam yang dilayur dan dikeringkan. Sifatnya mudah lentur, kali air dan menghalau serangga perosak.

Rumah tradisional Orang Asli dibina menggunakan bahan-bahan lestari.

Dinding & lantai bersifat kalis air kerana diperbuat daripada buluh.

Pokok pisang biasanya ditanam berdekatan perumahan Orang Asli. Pisang merupakan sumber nutrien yang baik, terutama sekali ketika kekurangan bekalan makanan.

Kata Along, ini adalah kerana reka bentuk dan jenis bahan binaan yang digunakan.

Lantai buluh tinggi bertiang dan reka bentuk bumbung cerun bertingkat berfungsi menyalurkan udara panas keluar melalui rongga di antara bumbung bawah dan atas. Daun bertam (Eugeissona tristis) yang dilayur dan dikeringkan dijadikan bahan membuat atap kerana sifatnya yang mudah lentur, kalis air dan mengeluarkan bahan kimia yang mampu menghalau serangga perosak.

Walaupun menjadi amalan mereka menggunakan bahan lestari dalam kehidupan, aktiviti pembalakan tidak terkawal telah menyukarkan proses mendapatkan bahan yang diperlukan seperti daun bertam.

Keadaan ini menyumbang kepada keresahan komuniti Temiar di situ kerana sebab utama mereka memilih kehidupan nomadik ialah demi pemuliharaan alam sekitar.

“Kami ni selalu berpindah-randah sebab bila manusia hidup terlalu lama di sesuatu tempat, mereka biasanya tebang pokok-pokok di sekeliling supaya mudah bercucuk tanam dan dapatkan bahan untuk bina rumah,

“Kami hanya tuai apa yang diperlukan, lepas tu kami pindah supaya tanah yang kami duduki ada peluang untuk subur semula. Lepas itu, kita boleh pindah balik,” jelas beliau.

Tanah hutan ini jugalah habitat pelbagai spesis haiwan liar yang semakin diancam kepupusan. Kini hidupan liar ini mula berkeliaran di penempatan manusia mencari makanan, sekaligus menyebabkan peningkatan kes konflik haiwan dan manusia.
SEMAKIN LAMA, SEMAKIN DILUPAKAN
Menurut Along, nenek moyang mereka telah menetap di tanah itu sejak beribu tahun dahulu. Namun demikian, sejumlah besar bukti dan sejarah kewujudan mereka dimusnahkan ketika pengeboman perkampungan Orang Asli tatkala zaman penjajahan British di Malaya dan 

Demi keselamatan diri dan keluarga, mereka terpaksa lari ke dalam hutan dan membina kehidupan di situ meskipun mereka merupakan orang asal di tanah itu.

“Selepas habis peristiwa bom, orang British cari Orang Asli dan minta kami berkumpul. Setiap penghulu kampung Orang Asli diberikan hak ke atas tanah di kawasan ini.

“Saya masih ingat lagi arwah ayah mertua saya, Angah, pada waktu itu dia penghulu kampung kami. British bagi dia hak tanah untuk seluruh kawasan Wias ini, untuk Orang Asli. dari Kuala Wias hingga ke Hulu Wias diberikan kepada orang kampung kami. Mereka siap buat peta lagi, tapi peta tu tak tahu dah pergi mana,” cerita Along.

Setiap wilayah Orang Asli di Gua Musang unik kerana ia menempatkan suku kaum Orang Asli yang berbeza. Namun, pihak berkuasa tempatan tidak mengiktiraf wilayah-wilayah ini.

Ada lebih kurang 10 wilayah Orang Asli yang diketahui di Gua Musang:  Pasik, Angkek, Bihai, Tohai, Simpor, Angkek, Gob, Depak, Pulat dan Wias. Kebanyakan wilayah ini diduduki kaum Temiar. Kampung Kaloi terletak dalam wilayah Wias, suatu kawasan berkeluasan 200km persegi.

Kampung Kaloi dibuka pada 2018 dan diduduki 91 orang – 18 lelaki, 20 wanita, 24 kanak-kanak lelaki dan 29 kanak-kanak perempuan.

Ada 22 rumah di kampung itu yang biasanya dibina menggunakan kayu, buluh dan daun bertam.

Authorities do not officially recognise these regions, but each is unique in that it indicates the different Orang Asli sub-ethnic groups living within the Gua Musang district.

There are around 10 known Orang Asli regions in Gua Musang: Pasik, Angkek, Bihai, Tohai, Simpor, Angkek, Gob, Depak, Pulat and Wias. Most of these regions are inhabited by the Temiar people. Kampung Kaloi is located in the region of Wias, an area of some 200 square kilometres.

Set up in 2018, Kampung Kaloi has 91 people – 18 men, 20 women, 24 boys and 29 girls. They live in 22 sets of houses, traditionally built with wood, bamboo and palm leaves.

Katanya pembalakan di daerah itu bermula pada 1972 tetapi pada skala sederhana.

“Dulu (kesan pembalakan) tidak macam sekarang. Dulu nak cari ikan senang, ikan kelah besar-besar peha ini boleh dapat. Tapi sekarang nak cari ikan pun susah dah. 

“Kami Orang Asli dudukdi  kawasan ini dah beribu tahun, sebelum Malaysia ada lagi kami sudah ada. Kami hidup di sini dengan aman, jadi kami diberi tangungjawab untuk menjaga hutan ini,” tambahnya

Katanya lagi, ketika itu hak Orang Asli ke atas tanah adat mereka masih diiktiraf.

“Ketika zaman selepas Merdeka di bawah Tunku Adbul Rahman, hak tanah Orang Asli yang diberi oleh British masih diktiraf kerajaan waktu itu. Tetapi selepas pertukaran beberapa perdana menteri, hak tanah Orang Asli pun dilupakan,” katanya.

Sememangnya adat kaum Temiar berpindah dari satu kampung ke kawasan lain dalam kawasan tanah adat mereka dan membuka perkampungan baru, kata penyelaras Pusat Keprihatinan Orang Asli, Dr Colin Nicholas.

Mereka berbuat begitu setiap lima ke lapan tahun antara lainnya ialah untuk memulihara biodiversiti sesuatu kawasan.

“Mereka bercucuk tanam dan memancing di sungai, tapi setelah beberapa tahun mungkin tanah itu akan menjadi kurang subur dan populasi ikan pula mungkin akan berkurangam. Jadi bila mereka berpindah, mereka memberi peluang kepada pemuliharaan sumber tanah dan sungai,”jelasnya.

Sebab lain mereka berpindah ialah kerana struktur rumah mereka akan mula lemah selepas beberapa tahun kerana ia dibina menggunakan bahan lestari yang sememangnya akan terbiodegradasi.

Sebagai contoh, sifat kalis air daun bertam yang digunakan dalam pembinaan atap rumah Orang Asli akan mula merosot seiring masa, menyebabkan rumah itu kurang sesuai diduduki.

Suatu lagi faktor kaum Temiar kerap berpindah-randah ialah untuk mengelakkan penularan penyakit.

“Apabila sesuatu komuniti tinggal terlalu lama di sesuatu tempat dan populasi mula berganda, penyakit atau wabak akan mula menular dalam komuniti itu. Untuk mengelakkan isu ini, kaun Temiar akan berpindah dan membina penempatan baru di kawasan baru,” jelas beliau lagi.

STRUGGLING TO LIVE

Kampung Kaloi mendapat bekalan air menggunakan sistem perpaipan sementara dari satu sungai berdekatan.

Jelas sungai itu amat penting bagi kesinambungan hidup mereka. Namun, sejak kebelakangan ini mereka tidak lagi dapat bergantung kepada sumber bekalan air di situ kerana ianya tercemar teruk dengan sisa pembalakan dan efluen dari ladang getah berdekatan.

Tidak hairanlah jika keadaan ini menyebabkan orang kampung dalam keadaan tertekan, kata Hasmawi, anak Along.

“Kadang-kadang air sungai tu keruh sangat sampai kami tidak boleh guna langung – untuk basuh pinggan, minum, mandi ke apa-apa –  tidak boleh pakai.,” katanya kepada Bernama.

Hasmawi Along membandingkan kualiti air dari Sungai Halor (kanan) dengan Sungai Jenatang untuk menunjukkan tahap pencemaran yang disebabkan pembalakan dan perlombongan emas haram di Sungai Halor.

Dalam 5km dari Kampung Kaloi terletak sebuah kawasan hutan dara seluas kira-kira 300 ekar yang dipanggil Halor. Malangnya, kegiatan pembasmian hutan turut dijalankan di situ.

Kini tanah itu kelihatan gersang. Kayu balak mereput berselerak di tepi jalan tanah merah yang berlumpur. Di lereng bukit kelihatan teres-teres menandakan ianya bakal dijadikan kawasan perladangan.

Ada sebatang sungai yang mengalir di situ yang diharapkan dapat dijadikan sumber kelangsungan hidup penduduk kampung. Malangnya, sungai itu turut tercemar teruk bukan sahaja akibat kegiatan pembalakan tetapi juga perlombongan emas haram.

 “Saya pernah pergi tanya mereka sendiri, mereka memang tidak ada apa-apa permit pun nak lombong emas dekat situ. Mereka bukan dari syarikat pembalakan, saya tidak pasti mereka kerja untuk syarikat apa,” kata Hasmawi

Pelombong haram itu menggunakan mesin pengorek untuk mengorek pasir dari dasar sungai dan menyebabkan sedimentasi berlaku. Selain menyebabkan pencemaran sungai dan merosakkan ekosistem, ia turut membahayakan kesihatan penduduk kampung berdekatan.

Seorang penduduk Kampung Kaloi, Jabeng Angah, menunjukkan kekeruhan air Sungai Haloi yang menjadi tercemar akibat aktiviti pembalakan dan perlombongan emas haram.

Menurut Hasmawi, sebelum ini hutan Halor menjadi tempat mencari pokok herba dan perubatan untuk merawat pelbagai penyakit bagi komuniti Orang Asli di daerah itu.

Selain itu, kebanyakan daun dan pokok yang tumbuh di situ juga penting untuk upacara penting Orang Asli yang dipanggil sewang. Upacara berbentuk ritual itu bertujuan meredakan semangat jahat, mengubati yang sakit dan bagi mendapatkan petunjuk sebelum membuat keputusan penting, selain untuk menyambut tetamu dan mengumpulkan komuniti Orang Asli.

Kemusnahan alam sekitar, tempat tinggal dan keperluan penting dalam amalan kehidupan mereka menyebabkan komuniti ini tertanya nilai mereka di sisi masyarakat dan pada negara. Saban hari mereka terpaksa bertarung demi kesinambungan hidup, walaupun yang dipinta itu tidaklah seberapa.
Tonton dokumentari kami

A CONFUSION THAT LED TO DIVISION

Given the gravity of the situation, the villagers of Kampung Kaloi are understandably driven to put an end to the destruction of their environment.

One of these champions is Jimi s/o Angah, 48, who is also Along’s brother-in-law. He has been actively protesting against logging corporations and has submitted numerous memoranda to the Department of Orang Asli Development (JAKOA) and the state government.
Among the issues highlighted in the memoranda are how government officials discount the opinions of Orang Asli village elders even when discussing matters involving their own villages.

Jimi claimed that the government officials only listen to Orang Asli representatives who are appointed by JAKOA or are on good terms with them, postulating that that was why the memoranda sent to them were not acknowledged.

These issues have caused a long-standing dispute among the former villagers of Kampung Kuala Wok. Some supported government and JAKOA initiatives, viewing these as necessary in the name of development while others saw them as causes for irreparable environmental destruction.

In fact, the move to Kaloi was in part due to the opposing views.

“Some of us who weren't happy with the way the forest land around Kuala Wok was being cleared wanted to fight against the logging companies, so we sent memoranda to JAKOA.

“However, this was interpreted as a move in opposition to JAKOA as Kuala Wok was under its administration. Some of us disagreed with the move, causing a division among the villagers and eventually leading to the rest of us to move to Kaloi,” he explained.

Jimi said their practice of harvesting forest bounty such as fruit and wood was also being scrutinised by the State Department of Forestry. It has come to a point where the villagers of Kampung Kaloi are not allowed to harvest anything from the forest as it belongs to the government.

He claimed that the state government, through JAKOA, had allocated 200 acres (81 hectares) of land for each Orang Asli settlement for agriculture, depending on the size of the village. Each family in a village would be permitted to receive up to 2.4 hectares of land near the vicinity of their home. However, being an unrecognised village, Kampung Kaloi is excluded from this privilege.



Mustafa, another son of Along, said much of the assistance from JAKOA is only given to administrative centres of Orang Asli villages in each Orang Asli region of the district.

“Villages like Kampung Kaloi or those in remote areas are often excluded from receiving assistance like farmland allocations - whether or not they are recognised by state authorities,” he told Bernama.  

The National Forestry Act 1984 prohibits the harvest of any forest produce from a permanent reserved forest or state land without a licence or permit. Only the state government or authority has the authority to grant permission to harvest from the forests.

Mustafa said the Aboriginal Peoples Act 1954, however, contradicts the National Forestry Act 1984, and accuses the state authorities of using laws that only benefit them. “As inhabitants of the forest, the Orang Asli have a right to harvest resources from the forest freely without having to apply for a licence or permit,” he said, referring to the provisions within the Act.

A study has revealed that previous federal court cases have ruled in support of the common law principle of respect to the right of the existing inhabitants under their custom, which acknowledges the use and occupation of land by the Orang Asli.

"we’RE HUMANS, TOO"

We asked Along if the villagers would agree to a JAKOA and Federal Land Development Authority (FELDA) joint initiative to develop their ancestral land.

“I would definitely agree. But what I don’t agree with is some of the initiatives they’ve had in the past, such as the Orang Asli resettlement schemes which were said to be for us but were actually for other people.

“If they had assisted us in developing the small plots of farms that we have, then of course we would agree. But all the programmes in the name of development were not actually meant for us,” he claimed.

He expressed disappointment over the penalty they received for adhering to their customs and beliefs.

“We are also humans, we are thinking beings. Of course, we would want a portion of the benefits that other Malaysians receive.”
Share This:
Project lead & Editor: Sakina Mohamed

Researcher & writer: Sakina Mohamed & Wan Muhammad Aslah Wan Razali

Illustrator: Ummul Syuhaida Othman

Video Editor: Wan Muhammad Aslah Wan Razali

This story was first published on Bernama Garasi on September 23, 2022, as a follow-on project of the Future of Journalism workshop, with financial support from the Centre for Governance  and Political Studies (Cent-GPS) through the United States Embassy Kuala Lumpur. Its contents are the sole responsibility  of Bernama Garasi and do not reflect the views of Cent-GPS or the United States Embassy Kuala Lumpur.
Share This:
Ketua Projek & Editor: Sakina Mohamed

Penyelidik & Penulis:
Wan Muhammad Aslah Wan Razali & Sakina Mohamed

Pereka Grafik:
Ummul Syuhaida Othman

Penyunting Video:
Wan Muhammad Aslah Wan Razali

Rencana ini pertama kali diterbitkan di Bernama Garasi pada September 24, 2022, sebagai projek susulan bengkel Masa Depan Kewartawanan, dengan sokongan kewangan daripada Centre for Governance  and Political Studies (Cent-GPS) menerusi Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur. Kandungan rencana ini adalah tanggungjawab Bernama Garasi sepenuhnya dan tidak mencerminkan pandangan Cent-GPS atau Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur.