Jejak Asap dan Aerosol di Malaysia dan Indonesia Akibat Kebakaran Hutan

Air Pollution • Environment
Sep 4, 2026

Teks & Grafik: Shaza Al Muzayen
Editor: Sakina Mohamed

‍

4 September 2026 (Bernama) -- Jerebu di Sarawak begitu teruk sehingga Serian merekodkan Indeks Pencemar Udara 518 setakat 10 pagi tadi, sekaligus meletakkannya dalam kategori "bahaya".

‍

Mengapa Sarawak negeri yang paling terkesan? Antara puncanya dapat dilihat di seberang sempadan.

‍

Kebakaran yang semakin aktif di Kalimantan menghasilkan kepulan asap dan zarah yang bergerak ke arah Sarawak sepanjang Ogos.

‍

Visualisasi Fire Emissions Watch ini menunjukkan bagaimana kebakaran turut meningkat di Sumatera dan Kalimantan dari 1 Ogos hingga 2 Sept.

‍

Asap dan zarah daripada kebakaran ini, yang dipaparkan sebagai aerosol pada peta, turut merebak ke sebahagian Malaysia dan rantau sekitarnya. Kepulan paling meluas dilihat pada separuh kedua Ogos.

‍

Jingga dan kuning menunjukkan jumlah karbon yang dilepaskan oleh kebakaran setiap hari.

‍

Semakin gelap warna ungu, semakin banyak zarah daripada kebakaran hutan dikesan di udara.

‍

‍

Explainer ini turut disiarkan dalam laman Instagram kami.

‍