KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN

Mengubah Landskap Hidup Rakyat

30 Inisiatif Berimpak Tinggi KPKT Bagi Peningkatan Kualiti Hidup

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memfokuskan tujuh bidang baharu pada 2023, namun tetap memastikan perkhidmatan asas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan infrastruktur sedia ada diselenggara dan dibaikpulih.

Ini termasuklah memastikan jalan raya rata dan tidak berlubang, pemasangan lampu yang terang dan tandas-tandas awam bertaraf ‘BMW’ iaitu Bersih, Menawan dan Wangi, selain membaikpulih projek sakit dan kemudahan di perumahan awam.

Berikut 30 inisiatif berimpak tinggi KPKT pada 2023 yang memberi manfaat kepada rakyat pelbagai lapisan masyarakat:

Perumahan

RM50 juta Menganti Lif-Lif yang Usang di Program Perumahan Rakyat (PPR)

RM

1

juta

bagi penyelenggaraan dan penggantian lif-lif usang di Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam.

60

unit

lif di perumahan awam berstrata kos rendah di sekitar Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Selangor, Perak dan Pulau Pinang dibaikpulih atau diganti lif baharu

Memanfaatkan

22598

unit

perumahan awam berstrata

Semua projek lif dijangka siap pada Disember 2023 dan 2024 secara berperingkat.

Memulihkan 351 Projek Sakit & Terbengkalai Bernilai RM32.87 bilion

Sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 351 projek iaitu

43688

unit rumah

unit rumah

perumahan swasta sakit dan terbengkalai berjaya diselesaikan dan dipulihkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV)

sebanyak

RM

1

.

38

bilion

billion

oleh Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST).

Menerusi Belanjawan MADANI 2024, satu dana jaminan khas berjumlah RM1 bilion akan diperuntukkan bagi menggalakkan pemaju yang berwibawa memulihkan projek-projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai yang telah dikenal pasti.

52.38% Sasaran RMK-12 Rumah Mampu Milik (RMM) Dicapai

KPKT bertanggungjawab menyediakan perumahan yang berkualiti, kondusif, berdaya huni dan mampu milik untuk rakyat. Kerajaan sentiasa komited untuk menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) khususnya untuk golongan B40 dan M40. Antara projek RMM diterajui oleh KPKT ialah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk golongan B40, Kediaman SPNB, dan Perumahan PR1MA untuk golongan M40. 

Penyediaan RMM di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas sehingga 30 Jun 2023:

261851

unit rumah

unit rumah

RMM telah siap dibina dan dalam fasa pembinaan, iaitu

1

.

10

%

daripada 500,000 unit RMM yang disasarkan.

KPKT juga dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras bagi tujuan penyediaan dan pelaporan RMM yang dilaksanakan oleh agensi penyedia perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemaju swasta. Pencapaian sasaran ini akan dipantau melalui Majlis Perumahan Mampu Milik Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.

PR1MA Berjaya Siap 35,454 Unit Kediaman

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) di bawah KPKT telah berjaya menyiapkan 35,454 unit kediaman di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2023. Sejajar dengan visi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, PR1MA komited untuk menyediakan 100,000 unit kediaman mampu milik sebagai pemangkin utama pembangunan sosio-ekonomi rakyat Malaysia.

Di bawah pemantauan Taskforce Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai, PR1MA berjaya menyiapkan sembilan projek merangkumi lebih 9,000 unit yang memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) daripada keseluruhan 22 projek setakat Oktober 2023. PR1MA komited untuk menyelesaikan baki 13 projek menjelang tahun 2024 selaras dengan usaha KPKT menangani projek-projek sakit demi kepentingan para pembeli.

PR1MA optimis dapat menjual kesemua baki unit yang masih tersedia menerusi kempen-kempen dan inisiatif jualan yang efisien didorong permintaan tinggi terhadap perumahan mampu milik di Malaysia.

SPNB Berjaya Melepasi Sasaran Laksana 13,045 Unit Rumah Rakyat (RMR)

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mewujudkan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Sehingga Q3 2023, sebanyak 5,045 perjanjian telah ditandatangani oleh penerima untuk memiliki RMR di seluruh negara.

Sehingga November 2023, pelaksanaan RMR oleh SPNB berjumlah

13000

unit

unit RMR

melepasi sasaran asal RMK-12 yang mana sasaran kumulatif pada tahun 2023 hanya 9,000 unit sahaja (3,000 unit setahun).

Tambahan pula, dalam aspek Rumah Kediaman SPNB, SPNB telah berjaya menyelesaikan 10 projek Kediaman SPNB dalam kategori projek perumahan swasta sakit yang diwarisi dari legasi terdahulu melalui langkah penstrukturan projek sakit. SPNB akan terus komited dan peka dalam usaha membantu golongan sasaran merealisasikan impian memiliki kediaman.

RM42.264 juta bagi Membina Baru dan Membaik Pulih Rumah Daif di Bandar

Untuk meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasaran dari aspek kesihatan, kehidupan berkeluarga dan komuniti, KPKT melalui Bahagian Kesejahteraan Komuniti (BSK) telah memperuntukkan RM42.264 juta untuk membantu golongan B40 yang tinggal di bandar yang rumahnya daif, rosak akibat terbakar, bencana alam ataupun kerana kemiskinan tegar, dibaikpulih atau dibina semula

Pada tahun 2023:

1950

unit

rumah dibaikpulih manakala

1

unit

rumah baru telah dibina.

Kerajaan Tempatan

Memperkasa Sosioekonomi Rakyat RM50 juta Bagi Menyedia 3,000 Unit MyKiosk

KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk menyediakan 3,000 unit MyKiosk. Inisiatif ini dilaksanakan atas prinsip kerangka Ekonomi MADANI oleh Kerajaan Perpaduan demi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agar dapat menjadi lebih berdaya saing dalam masa yang sama meningkatkan keupayaan perniagaan.

Inisiatif MyKiosk menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat, selesa serta dilengkapi elemen hijau seperti tenaga solar. Selain itu, kadar sewa secara percuma untuk 6 bulan pertama akan diperkenalkan bagi meringankan beban peniaga golongan sasaran.

Memperkenal tandas ‘BMW’

KPKT telah memperkenalkan tandas ‘BMW’ (Bersih, Menawan dan Wangi) untuk menetapkan konsep baharu dalam pengurusan tandas awam oleh PBT dan pihak swasta. Garis Panduan Star Rating Kebersihan Tandas Kegunaan Awam Di Kawasan PBT telah diterbitkan semula dengan merangkumi elemen dan kriteria penarafan tandas ‘BMW’. 

Bagi bulan Januari sehingga Ogos 2023,

1

%

(1,096 buah) tandas awam milik PBT dan

1

%

(3,118 buah) tandas awam swasta

telah mencapai tahap tandas “BMW”. (Tandas “BMW” bermaksud mencapai tahap 4 dan 5 Bintang).

Tahun ini, sebanyak RM9.46 juta telah diluluskan oleh KPKT untuk membaik pulih dan menaik taraf 153 buah tandas awam PBT di seluruh negara. KPKT ingin menyeru semua pihak; tidak kira agensi Kerajaan, pihak swasta mahupun pengguna awam, supaya kita sama-sama memainkan peranan dan memikul tanggungjawab untuk menjaga kebersihan tandas.

PEMENANG ANUGERAH (TOTYA) 2023 ‘TOILET OF THE YEAR

1)   Kategori Pusat Membeli-belah: Toppen Shopping Centre, Johor
2)   Kategori Restoran: Cawan Mu FMB Sdn Bhd, Ipoh, Perak
3)   Kategori Hotel: The George Penang, The Cruse Collection, Penang
4)   Kategori R&R: R&R Elmina Arah Selatan, Guthrie Corridor Expressway, Selangor
5)   Kategori Stesen Minyak: Petron Senai Jaya, Senai, Johor

Menaiktaraf & Membangun Semula Pasar Awam Usang

KPKT telah melancarkan inisiatif pembangunan semula pasar awam dengan meluluskan sejumlah RM34.5 juta bagi menaik taraf 15 pasar awam yang daif dan usang di seluruh Malaysia. Skop pelaksanaan projek ini termasuk menaiktaraf longkang, lantai, sistem perpaipan, kerja-kerja elektrikal dan membaik pulih bumbung pasar.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan dan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung pasar seterusnya memberikan nafas baru kepada pasar awam yang telah uzur dan mampu meningkatkan tahap sosio ekonomi peniaga setempat.

Menambahbaik Prosedur Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus

Untuk mengurangkan isu birokrasi dan kelewatan kelulusan pelan pemajuan khususnya kebenaran merancang (KM) di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah mengambil langkah proaktif untuk menambah baik Prosedur Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus untuk mempercepatkan tempoh kelulusan pelan pemajuan dengan pelaksanaan tiga kaedah baharu iaitu

1)   Industrial Green Lane (IGL)
2)   Pre-Requisite (PR)
3)   Self Regulation (SR)

Prasyarat, prarundingan dan semakan teknikal yang lebih teratur dan bersepadu telah diperkenalkan bagi memastikan proses kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kejuruteraan dan sebagainya dapat dipercepatkan.

Penambahbaikan OSC 3.0 Plus ini dapat memendekkan tempoh kelulusan seperti berikut:

1)   IGL - maksimum 29 hari (daripada 99 hari)
2)   PR - maksimum 35 hari (daripada 99 hari)
3)   SR - maksimum 15 hari (daripada 86 hari)

Kesejahteraan Bandar

RM109 juta bagi Pembangunan dan Pengindahan Kampung Baru Cina

Pada tahun 2023, KPKT telah meluluskan peruntukan berjumlah RM109 juta untuk projek pembangunan infrastruktur Kampung Baru Cina berbanding dengan RM84 juta untuk tahun 2022.

Sebanyak 591 projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan kampung baru telah diluluskan di bawah Program Pembangunan Infrastruktur termasuk projek pemasangan 1,074 batang lampu jalan solar LED, 22 buah rumah baharu kini dalam proses pembinaan oleh peneraju projek yang dilantik iaitu SPNB dan 341 permohonan bantuan baik pulih rumah telah diluluskan.

RM50 juta Menyelenggara dan Membaik Pulih Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)

Bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk dan berbilang kaum serta meringankan beban kewangan organisasi rumah ibadat bukan Islam, KPKT telah diperuntukkan RM50 juta bagi penyelenggara dan membaik pulih rumah-rumah ibadat bukan Islam.

Pada tahun 2023, sebanyak

320

projek

pembaikan, pengubahsuaian, penyelenggaraan dan kecemasan telah diluluskan bagi rumah-rumah ibadat bukan Islam seluruh negara.

KPKT akan terus komited membela hak-hak dan nasib rakyat jelata tidak kira kaum, agama dan bangsa selaras dengan inspirasi Malaysia MADANI.

Kebombaan & Keselamatan

Melancar Perkhidmatan Khas Helikopter Ambulans Pertama Negara (EMARS)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berjaya melancarkan perkhidmatan khas helikopter ambulans pertama negara iaitu Emergency Air Ambulance Rescue Services (EMARS) bagi mempercepatkan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli.

Perkhidmatan ambulans udara ini merupakan kerjasama antara KPKT, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) di mana pesawat bomba sedia ada telah diubahsuai dan dilengkapi peralatan perubatan kecemasan.

Sebelum ini, perkhidmatan pemindahan pesakit menggunakan perkhidmatan penerbangan swasta termasuk di kawasan pulau dan pedalaman dengan anggaran perbelanjaan RM20 juta setahun.

Sekarang, dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JBPM ini, Kerajaan hanya membelanjakan RM5 juta setahun. Dengan itu, Kerajaan Perpaduan dapat penjimatan sebanyak RM15 juta setahun. Pada tahun 2024, JPBM merancang untuk mendapat 4 helikopter baharu, termasuk helikopter EMARS untuk keperluan perkhidmatan kecemasan di Sabah dan Sarawak.

Membina 4 Balai Bomba Baharu & Membaik Pulih 2 Balai Bomba

Bagi memastikan Balai Bomba Penyelamat (BBP) baharu beroperasi sepenuhnya mengikut Fire Cover yang ditetapkan, KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah siap membina 4 balai bomba baharu di Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Sarawak (BBP Manjalara, BBP Asajaya, BBP Padang Mat Sirat & BBP Tenggara) manakala 2 Balai Bomba di Negeri Sembilan dan Sabah (BBP Seremban & BBP Semporna) telah dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat menjadikan jumlah balai bomba di seluruh negara sebanyak 337.

Dengan pelaksanaan inisiatif ini, masa tindak balas (response time)  JBPM dalam menghadiri sebarang panggilan kecemasan dapat dipercepatkan sekaligus mengurangkan kadar kehilangan nyawa serta kerugian harta benda.

Memperkasa Pasukan Bomba Sukarelawan

KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah telah menyelaraskan Geran Bantuan Kewangan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) sebanyak RM3,000 bagi setiap pasukan dalam program dasar sedia ada.

Peruntukan ini melibatkan jumlah keseluruhan RM1.07 juta, bertujuan mengukuhkan PBS bagi menyampaikan perkhidmatan kebombaan kepada masyarakat setempat. KPKT akan terus memastikan PBS sentiasa aktif melakasanakan aktiviti sama ada melibatkan pengoperasian kebombaan mahupun khidmat komuniti kepada masayarakat berkaitan pencegahan kebakaran.

Melaksanakan Perolehan Anjing Pengesan K9

Untuk mengurangkan fataliti dalam kalangan anjing pengesan K9 serta mempercepatkan proses mengenalpasti punca kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melaksanakan perolehan anjing pengesan (K9) bomba bagi menggantikan 12 ekor anjing pengesan bagi disiplin Fire Investigation dan Urban Disaster Search and Rescue yang telah menjangkau usia perkhidmatan 10 tahun. Perolehan ini kini dalam proses penilaian kewangan tender dan pembekalan dijangka akan bermula pada tahun 2024.

 Menambah Baik 400 Kuarters Bomba

KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah menyiapkan 400 projek penyelenggaraan fasiliti kebombaan dan kuarters di seluruh negara bagi tujuan menyediakan ruang kediaman dan tempat bekerja yang lebih kondusif untuk pegawai bomba dan keluarga. Kesemua projek tersebut telah siap dilaksanakan pada tahun ini dengan menggunakan peruntukan RM50 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan.

Pembangunan & Perancangan Bandar

Memperkenal Garis Panduan Perancangan & Pembangunan Bandar Diraja

Pada tahun ini, KPKT melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah memperkenalkan Garis Panduan Perancangan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja untuk memelihara identiti bandar diraja sebagai lambang kedaulatan negara kerana bandar berkenaan menyimpan budaya dan peradaban kesultanan Raja-Raja Melayu yang merupakan aset warisan bangsa yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

GPP itu terpakai untuk sembilan bandar diraja di Semenanjung Malaysia sebagai panduan pembangunan yang merangkumi aspek warisan, identiti, ekonomi dan pelancongan.

KPKT yakin bahawa GPP ini dapat memastikan nilai warisan bangsa dipelihara dengan menjadikan bandar ini sebagai warisan sejarah serta simbol kedaulatan negara, pada masa yang sama memberi cadangan terhadap pemerkasaan ekonomi dan budaya setempat.

Memperkenal Program Penarafan Bandar Pintar Malaysia

KPKT melalui PLANMalaysia telah mepergiat usaha pembinaan bandar yang mampan dan sejahtera. Antaranya, KPKT telah memperkenalkan Program Penarafan Bandar Pintar Malaysia untuk merangka dasar dan hala tuju bandar pintar yang lebih jelas dan bersistematik berasaskan standard global.

Penarafan ini adalah untuk mengiktiraf PBT yang telah melaksanakan inisiatif bandar pintar berpandukan kepada indikator-indikator di dalam Malaysia Standard (MS) ISO 37122:2019 (Smart City Indicator) yang merupakan standard global yang dibangunkan oleh International Organisation for Standardisation (ISO). Bagi tahun 2023, penarafan dimulakan dengan tahap permulaan bandar pintar iaitu ‘Tahap Pertama - Smart City Early Adopter’ secara sukarela khususnya kepada PBT-PBT yang telah bersedia terhadap kriteria yang telah ditetapkan.

Pada tahun 2023, sebanyak 25 PBT berjaya mencapai status ‘Tahap Pertama: Smart City Early Adopter’. KPKT menyasarkan sekurang-kurangnya semua 61 buah PBT bertaraf Majlis Perbandaran ke atas mencapai status ‘Smart City Early Adopter’ pada tahun 2025.

Melancar Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik

Bagi mencapai sasaran Kerajaan Malaysia MADANI untuk membina sebanyak 10,000 petak pengecasan kenderaan elektrik di seluruh negara menjelang tahun 2025, PLANMalaysia telah melancarkan Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (GPP EVCB).

Penyediaan garis panduan perancangan dan prosedur permohonan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam membangunkan infrastruktur EV yang selamat, inklusif dan mudah diakses. Pembangunan industri EV ini juga merupakan salah satu strategi bagi merealisasikan matlamat Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB) di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) iaitu selaras dengan objektif SDG 11 (Kemampanan Bandar dan Komuniti) dan SDG 13 (Perubahan Iklim).

Melancarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar

KPKT melalui PLANMalaysia telah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (GPP PSB) untuk membentuk satu mekanisme pelaksanaan pembaharuan semula bandar bagi mewujudkan pembangunan bandar yang mampan, berdaya huni dan inklusif di kawasan perbandaran yang usang, terbiar dan suram.

Garis panduan ini menyentuh empat jenis pembaharuan semula bandar iaitu:

1)   Pembangunan Semula Bandar (Urban Redevelopment)
2)   Penjanaan Semula Bandar (Urban Regeneration)
3)   Penyegaran Semula Bandar (Urban Revitalisation)
4)   Pemuliharaan Bandar (Urban Conservation)

GPP PSB ini akan menjadi rujukan utama Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pemaju hartanah dan pihak berkepentingan untuk memudahkan proses pembaharuan semula bandar dan merancakkan pembangunan bandar di seluruh negara. KPKT akan terus menambah baik aspek-aspek lain dari semasa ke semasa bagi memastikan agenda pembaharuan semula bandar dapat dilaksanakan dengan komprehensif.

Mempercepatkan Naik Taraf Status PBT Pekan dan Klang

Untuk memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dapat memenuhi kehendak Kerajaan dan rakyat serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat, KPKT bertindak pantas dalam proses permohonan naiktaraf status PBT. Pada tahun 2023, dua PBT telah dinaik taraf status, iaitu Majlis Daerah Pekan dan Majlis Bandaraya Klang.

Majlis Daerah Pekan telah diwartakan sebagai Majlis Perbandaran Pekan susulan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Mac 2023 manakala Klang kini menjadi Majlis Bandaraya Klang selepas kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Julai 2023.

Penaiktarafan kedua-dua PBT ini bermaksud mereka mempunyai kekuatan kewangan yang mampan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti serta bertaraf tinggi bagi meningkatkan daya huni dan kesejahteraan rakyat di Pekan dan Klang.

Pengurusan Sisa Pepejal

Menghapus 1,771 Tapak Pelupusan Sampah Haram

KPKT melalui SWCorp telah berjaya menghapus 1,771 tapak pelupusan haram di tujuh negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Tahun ini, SWCorp telah memperkasakan tindakan penguatkuasaan di mana sebanyak 20 kertas siasatan telah dihasilkan berkaitan kesalahan di bawah Akta 672.

Menubuh NCEC Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal

KPKT telah menubuh Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal (NCEC) bagi mempercepatkan agenda peralihan pengurusan sisa pepejal daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran secara holistik selaras dengan komitmen negara untuk mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050.

Majlis Tindakan ini melibatkan agensi kerajaan, agensi swasta dan pengguna, ini merupakan satu pendekatan holistik merentasi semua sektor yang terlibat dalam rantaian nilai sisa pepejal.

NCEC ini fokus kepada 6 elemen, iaitu membangun pasaran dan permintaan terhadap bahan kitar semula, mereka bentuk produk bagi mengoptimumkan kitaran hayat melalui penggunaan semula dan mesra alam. Ia juga menggalakkan pengasingan sisa di punca, menyediakan kemudahan infrastruktur, membangunkan sistem data bersepadu dan mewujudkan platform kerjasama awam, swasta dan komuniti.

Mewujud Drive-Thru Recycling Centre

Pewujudan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu atau Drive-Thru Recycling Centre (DTRC) merupakan inisiatif berkonsep mesra pengguna yang dapat memudahkan masyarakat untuk menghantar sisa kitar semula yang telah diasingkan. Di samping itu, inisiatif ini dapat menggalakkan orang ramai untuk membudayakan amalan kitar semula bagi menyumbang kepada sasaran peningkatan kadar kitar semula kebangsaan sebanyak 40% menjelang tahun 2025.

Sehingga Oktober 2023, sebanyak 64 DTRC telah diwujudkan di tujuh negeri di bawah seliaan SWCorp iaitu negeri yang menerima pakai Akta 672.

Pembangunan Lanskap

Membina 4 Projek Taman Awam Baharu

KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) telah menyiapkan empat projek taman awam baharu seperti berikut:

•   Taman Awam Limbang, Sarawak
•   Taman Awam Kudat, Sabah
•   Taman Awam Kerteh, Terengganu
•   Taman Awam Pasir Puteh, Kelantan

JLN juga telah menyiapkan tiga projek Landskap Perbandaran iaitu Landskap Perbandaran Bintulu, Landskap Perbandaran Batu Pahat, dan Landskap Perbandaran Alor Setar. Selain itu juga, bagi program naik taraf lanskap seluruh Negara, sebanyak 21 projek telah siap dibina, manakala tambahan sebanyak 18 projek dijadualkan siap pada tahun ini.

Mendaftarkan Orkid Hibrid Baharu 'Aranda PMX-Anwar'

Jabatan Landskap Negara (JLN) juga telah berjaya menganjurkan Program Hari Landskap Negara 2023 bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam berkaitan landskap serta membuka ruang kepada penggiat industri landskap untuk mempromosi perkhidmatan dan produk kepada masyarakat. Sejenis spesis orkid hibrid baharu, dinamakan ‘Aranda PMX-Anwar’ yang telah didaftarkan dengan Penguatkuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di England turut diumumkan pada majlis perasmian Hari Landskap Negara 2023. Pada masa akan datang, JLN akan mengkaji pelan ekonomi bagi merancakkanekonomi industri landskap dalam negara.

Pusat Kecemerlangan KPKT

Mengiktiraf Peranan Media Dalam Pelaporan Agenda KPKT

Penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 (AkeMedia) merupakan inisiatif KPKT bagi meraikan dan mengiktiraf peranan dan sokongan berterusan rakan-rakan media yang mengetengahkan hasil karya berkualiti berkaitan agenda utama KPKT. AKeMedia 2023 dilaksanakan oleh KPKT dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) bagi penyelarasan aspek hebahan pertandingan, pengemaskinian syarat-syarat pertandingan serta proses penjurian.

Program ini berjaya mendapat penyertaan yang amat menggalakkan di mana 363 hasil karya yang telah disiarkan bermula 1 Disember 2022 sehingga 10 September 2023 telah bertanding dalam AkeMedia 2023.

Memenangi RM1 Juta Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) dan 11 Yang Lain

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memenangi anugerah tertinggi dalam Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 menerusi projek inovasi Audio Frequency Intercept System (AFIS) hasil reka cipta pasukan Alor Star Troopers.

Hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta, trofi dan sijil turut disampai oleh Perdana Menteri.

Selain itu, KPKT juga berjaya mencapai Kategori Platinum dalam Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) bagi tahun 2022-2023.

Malaysian Government Performance Index (MyGPI) merupakan satu program di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk menilai prestasi agensi sektor awam yang memberi fokus kepada dua dimensi iaitu pengurusan organisasi dan pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus yang baik ke arah reformasi sektor awam.

Secara keseluruhan, pasukan KPKT telah memenangi 12 anugerah dalam dan luar negara. Semua pengiktirafan yang telah diterima oleh KPKT menjadi pendorong yang sangat tinggi buat KPKT untuk meneruskan tradisi penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan mengekalkan prestasi tinggi.

Menggalakkan Budaya Kerja Kecemerlangan

KPKT dalam usaha untuk terus menjadi sebuah organisasi yang cekap, unggul dan berprestasi tinggi dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya, sentiasa memperkukuh kemahiran, kecekapan dan pengetahuan warga kerja dalam melestari penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 yang julung-julung kalinya diadakan, merupakan suatu usaha untuk memangkin budaya kerja positif, berdaya saing serta meningkatkan produktiviti berpaksikan integriti bagi meneruskan usaha KPKT untuk muncul sebagai pusat kecemerlangan (centre of excellence).