Kenapa Perisa Vape Seperti Ikut “Selera Kanak-Kanak”?

Youth • Health
Jun 1, 2024

Skrip & Visualisasi Data: Shaza Al Muzayen
Suntingan & Terjemahan: Sakina Mohamed

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Hari Tanpa Tembakau Sedunia disambut setiap 31 Mei.

‍

Tema tahun ini, “Lindungi Kanak-Kanak daripada Pengaruh Industri Tembakau”, bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pengaruh industri tembakau terhadap belia seluruh dunia.

‍

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2024, lebih 37 juta kanak-kanak berumur 13-15 tahun seluruh dunia mengambil tembakau. Kadar penggunaan rokok elektronik juga lebih tinggi dalam kalangan remaja berbanding orang dewasa.

‍

Di Malaysia, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022 melaporkan trend yang sama. Walaupun penggunaan rokok dalam kalangan remaja mengurang pada 2022 berbanding 2017, penggunaan rokok elektronik/vape meningkat dari 9.8% kepada 14.9%.

‍

Untuk mengekalkan industri bernilai berbilion dolar, syarikat tembakau menggunakan pelbagai taktik untuk menarik generasi baru bagi menggantikan pengguna yang telah berhenti merokok atau meninggal dunia.

‍

Iklan, pemasaran, skim penajaan - semuanya memainkan peranan penting dalam memastikan belia hari ini terus ketagih nikotin.

‍

WHO menyatakan bahawa perisa adalah sebab utama mengapa golongan muda mencuba e-rokok dan produk tembakau lain.

‍

Untuk menghilangkan rasa pahit tembakau dan nikotin, e-cecair (cecair yang digunakan dalam rokok elektronik dan vape) biasanya dijual dalam perisa manis atau buah-buahan. Malah, ia dipasarkan sebagai “e-jus” dan “jus vape”. WHO melaporkan terdapat hampir 16,000 perisa e-cecair yang berbeza di pasaran.

‍

-- BERNAMA

‍

Explainer ini turut disiarkan dalam laman Instagram kami.