Harga Diesel Bagi Negara di Asia Tenggara

Economy • Diesel
Jun 10, 2024

Skrip oleh: Sakina Mohamed
Visualisasi Data: Fahmi Abdul Aziz

‍

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada RM3.35 seliter bermula 12.01 tengah malam 10 Jun.

‍

Bagaimana pun, harga pasaran tanpa subsidi ini masih lagi rendah berbanding harga diesel di negara Asia Tenggara lain.

‍

Sebelum ini, harga diesel di Malaysia dijual pada empat harga berbeza mengikut subsidi:

‍

  1. RM1.65 bagi nelayan;
  2. *RM1.88 bagi pengangkutan awam darat;
  3. RM2.15 bagi kenderaan komersial dan persendirian

Harga pasaran tanpa subsidi bagi sektor komersial pula pernah mencecah RM3.60 awal tahun ini.

‍

Harga runcit diesel di Malaysia yang sebelum ini antara yang terendah di dunia telah mengundang penyeludupan ke negara jiran dan penyelewengan ke sektor komersil yang tidak layak menggunakan diesel bersubsidi.

‍

Akibatnya, Malaysia kerugian berbilion ringgit.

‍

Kenderaan berikut antara yang masih kekal menikmati diesel bersubsidi pada RM1.88 seliter: bas sekolah, bas ekspres, bas mini, bas pengantara, bas henti-henti, ambulans, kereta sewa, teksi, kereta bomba serta van dan lori mayat.

‍

-- BERNAMA

‍

Explainer ini turut disiarkan dalam laman Instagram kami.