Pingat Paralimpik Dimenangi Negara SEA Setakat Tokyo 2020
Sports • Paralympics
Aug 30, 2024
Skrip & Visualisasi Data: Shaza Al Muzayen
Editor: Sakina Mohamed
Pereka Web: Ummul Syuhaida Othman
KUALA LUMPUR, 30 Aug (Bernama) -- Tahukah anda bahawa Malaysia negara Asia Tenggara (SEA) pertama yang bertanding di Sukan Paralimpik?
Malaysia membuat penampilan sulungnya dengan empat atlet pada Sukan Paralimpik 1972 di Heidelberg, Jerman (ketika itu Jerman Barat). Malaysia memenangi pingat pertamanya (gangsa) pada Sukan Paralimpik Seoul 1988, dan merangkul pingat emas pertamanya di Rio 2016.
Pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Malaysia di kedudukan ketiga dalam carta pingat antara negara SEA dengan 16 pingat . Di tangga teratas ialah Thailand dengan 87 pingat, diikuti Indonesia dengan 27 pingat.
Tiga negara SEA yang setakat ini masih belum memenangi sebarang pingat di Sukan Paralimpik ialah Brunei, Kemboja, dan Timor-Leste. Malah, Brunei satu-satunya negara SEA yang tidak menghantar kontinjen untuk bertanding di Paris pada Sukan tahun ini.
Sukan Paralimpik Paris 2024 berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September 2024. Hampir 4,400 atlet dari seluruh dunia dijangka bersaing pada Sukan tahun ini dalam 22 acara sukan.
-- BERNAMA
Explainer ini turut disiarkan dalam laman Instagram kami.