Negara Paling Banyak Penjarakan Wartawan Pada 2023
Human Rights • Press
May 3, 2024
Skrip oleh: Sakina Mohamed
Visualisasi Data: Shaza Al Muzayen
Pereka Web: Ummul Syuhaida Othman
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Tarikh 3 Mei merupakan Hari Kebebasan Media Sedunia, namun tahun 2024 menyaksikan rekod tertinggi wartawan dipenjarakan di seluruh dunia.
Menurut Committee to Protect Journalists (CPJ), seramai 320 wartawan yang dipenjarakan setakat 1 Disember 2023.
Ini merupakan angka kedua tertinggi yang direkodkan oleh CPJ sejak bancian dimulakan pada tahun 1992.
Israel muncul sebagai salah satu negara yang paling banyak memenjarakan wartawan sejak melancarkan serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober, 2023. Ia menduduki tempat keenam dalam senarai 10 teratas. Walaupun Israel muncul beberapa kali dalam bancian tahunan CPJ, jumlah wartawan Palestin yang ditahan dan dipenjarakan tahun ini merupakan yang tertinggi sejak bancian dimulakan pada tahun 1992.
CPJ merupakan sebuah organisasi bebas, bukan bermotifkan untung yang memperjuangkan kebebasan media di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Explainer ini turut disiarkan dalam laman Instagram kami.